Sunday 13 September 2015

kata orang hidup tu simple?
tapi kita yang menyulitkan/ menyukarkan hidup kita..
kekadang tak semua benda atau ujian yang datang pada kita tu "as simple as that"
kalo lah hidup tu simple mcm yg dikata semua oghe xkan ada masalah..
cewaahhhh.....
ak try jd sesimple yg boleh tapi semua nya tampak sukar bagiku..
huhuhuuu...
especially bab cinta cintun nie,,,
kalo bab lain ak leh terima dengan sesimplenya...
hehee..
betul ak stuju ngat..
"SETIA" itu mahal..
terlalu mahal ini kerana tak semua orang boleh setia..
kalo kat mulut leh kata setia tapi bukan pada perbuatan..
lelaki dan setia???

ak slalu diuji ....
diuji dalam "Percintaan Tiga Segi"..
tetapi ak sering kali kalah..
kalah dalam perjuangan untuk menegakkan cinta ak..
orang kata ak menglah sebab cinta ak yang xkuat, ak lemah..
tapi diorang semua silap ak bukan menyerah kalah kerana ak xkuat, kerana ak lemah atau kerana ak takut tapi ak xmahu insan yang ak sayang dalam dilema kerana ku..
mengalah tak semestinya kita kalah..
ak mahu perjungkan cinta ak
tapi bukan bermakna ak harus memilikinya
cukuplah sekadar melihat dia gembira disamping org tersayang..

korang mesti kata alahhhh..
ppppp laaahhhh
poyooooo punye ayat..
hahhhahha,.....
pada mulanya memang sukar tetpi lama kelamaan kita boleh terima segala benda yang telah berlaku..
tidak guna berdendam, tak guna bermusuhan, bermasam muka kerna dia tidak mungkin akan kembali..
buat apa kita mahu membazir masa untuk mengenang benda yang lepas..
hidup ni singkat 
so move on mana tau kita akan dapat jodoh yang lebih baik yang lebih sayang dan hargai kita melebihi kasih kita pada dia...
mudah-mudahan.. hehheheh...
so lala bunga optimis la sikit..
sakit,
pedih,
perit
hanya tuk seketika...
so move on ur life...

sincerly,
lala bunge...
14/9/15

Dup Dap menanti jawapan...

hari ini ak telah membuka seluas-luasnya mata ak..
segala persoalan tentang hubungan kami bakal terjawab apabila si dia membuka ja data telefon pintarnya.
hatiku mersa tidak keruan..
takot untuk mengonlinekan data telifon ak..
hheh...
apa pom aku harus persiapkan hati ak walau apa jua jawapan yang diberikan oleh si dia kepada ku...
sayang andainya kau bukan jodohku aku berharap kau bahgia bersama pilihan hatimu...
abang...
seandainya inilah takdir yang harus ak tempuhi ak redo..
tapi kehilangan mu dari hidupku merupakan perkara yang paling menyakitkan dalam hatiku...
maaf abg andai kata-kata ku pernah menyakitkan hatimu disepanjang perkenalan kita..
abg hanya aku ingin kau tahu bertapa aku amat mencintaimu..

Thursday 10 September 2015

Hanya namamu dihatiku...

dulu, kini, dan selamanya...
terima kasih atas kenangan yang tercukup indah dalam hidupku...
walaupun kehadiranmu dalam hidupku hanya sekejap tetapi memori dan kenangan yang kita cipt bersama tercukup istimewa buat diriku..
kini ak boleh melepaskanmu dengan rela sayang.....

dalam kenangan cinta kita
BORN: 27 OGOS 2015
DEATH: 09 SEPTEMBER 2015

PASRAH!!!!!!!

Emm… patah hati !!

Jika mendengar perkataan ini pasti yang terlintas dibenak fikiran kita dan semua orang adalah tentang cinta yang terkandas.
Tentang cinta yang putus sampai disini saja, tentang perpisahan, tentang airmata yang berlinang, tentang sakitnya hati, dan semua yang menyebabkan dunia terasa mengalami kiamat
 “Lebih baik sakit gigi daripada sakit hati
Hati sanubari kita kadang-kadang pening mencari jawapan kenapakah cinta yang putus itu diberi nama “patah hati”.
Tiada istilah lain kah yang lebih sedap?
Tapi  yang penting adalah bagaimana ketika cinta itu terkandas, ketika cinta itu tak lagi tersambung, ketika cinta itu tidak lagi mahu menjadi milik kita, dan ketika si dia tak mahu lagi menjadi tempat luahan hati kita
Patah hati sinonim dengan airmata, kenapa ya?
Tetapi kita lupa bahawa patah hati itu juga sinonim dengan hikmah:
– Seharusnya kita bersyukur masih diberi rasa patah ini oleh ALLAH, masih boleh menangis, itu ertinya kita masih ada hati kan?
Bukan hanya sekadar hati, tapi hati yang sensitif, yang lembut dan yang mampu bahagia dan luka.
Dan airmata yang mengalir ini dapat membersihkan kelopak mata kita yang kusam menjadi jernih kembali kerana airmata yang berlinang membawa semua kotoran dimata.
Menangislah kerana mencintai ALLAH pada saat kita bersendiri.
Airmata ini lebih bernilai pahala daripada menangisi si dia, orang yang ditangisi pun tak tahu kita nangis kerananya
♥ ‘fabiayyi ala irobbikuma tukazziban ♥
Maka nikmat yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan? bahkan didalam air yang berlinang melalui mata ini, ALLAH memberikan kasih sayangnya.
Mungkinkah ada lagi nikmat ALLAH di balik kata patah hati ini?
Cuba bayangkan, pada saat jatuh cinta semalam mendengar suara si dia di telefon lebih indah ditelinga kita dari suara azan, sms mesra dari sang pujaan hati lebih sering kita baca berulang ulang agar lebih memahami ertinya dan lebih bergetar mencintainya.
Tetapi seberapa kali kita membaca surat cinta dari ALLAH yang terbentang di dalam Al Quran?
Dan kini setelah tak ada lagi sms darinya, tak ada lagi suara manjanya, mungkin hikmah disebalik hati yang teriris berdarah darah ini adalah ALLAH hendak mengembalikan kita kepada cintanya ALLAH.
Apa ada cinta yang lebih indah dari cinta sang pemilik nafas ini?
Maka nikmat ALLAH yang mana lagikah yang sanggup kita dustakan?
Disebalik patah hati ini ALLAH menyelamatkan kita dari cinta yang salah. Kita menyembah dan memuja cinta melebihi menyembah dan memuji ALLAH.
Nauzubillahimindzalik.
Cinta tak salah, tetapi mungkin hanya tidak tepat ketika kita lebih mencintai sang pujaan hati daripada mencintai ALLAH.
 “Hanya dengan mengingati ALLAH hati menjadi tenang”
Ingatlah bahawa ALLAH maha membolak balikan hati dan keadaan.
Jika hari ini ALLAH masih mengirimkan cinta maka janganlah menjadikan cinta itu berhala dengan memujanya seolah- olah dunia ini milik berdua, jumlah sms jadi lebih banyak dari jumlah rakaat solat, jumlah bil telefon jadi lebih banyak dari RM yang kita sedekahkan, duduk berdua-duaan ditempat sunyi lebih disukai daripada duduk tafakur diatas sajadah dan bermesraan dengan ALLAH.
Dan jika ALLAH membolak balikan hati kita dan si dia dari cinta, maka gantilah kata patah hati itu dengan perkataan syukur hati kerana ALLAH lebih mencintai kita dari pada si dia,
Terbukti ALLAH mengambil kita untuk dikembalikan kedalam nikmat, limpahan kasih sayang dari kekasih hati yang baru dan selamanya iaitu ALLAH.
Siapa yang tak mahu jadi kekasih ALLAH? tenang, damai, indah, cukup rasanya hidup ini  !

TANKYU PADA BLOGGER
 http://akuislam.com/blog/renungan/patah-hati/

AWAK MENJADI SUMBER INSPIRASI SAYA