Tuesday, 29 November 2011

ayat-ayat cinta......


What I Love About You

I love the way you look at me,
Your eyes so bright and blue.
I love the way you kiss me,
Your lips so soft and smooth.

I love the way you make me so happy,
And the ways you show you care.
I love the way you say, "I Love You,"
And the way you're always there.

I love the way you touch me,
Always sending chills down my spine.
I love that you are with me,
And glad that you are mine.

- Crystal Jansen -

Yang disayang akan pergi.........

Di sebuah kampung tinggal seorang lelaki tua yang sudah bertahun-tahun kematian isteri. Dengan arwah isterinya itu dulu dia dikurniakan tiga orang anak lelaki. Semuanya sudah remaja. Anak pertama bernama Anis, kedua bernama Harben danketiga bernama Amsal. Akan ketiga-tiga ini yang paling disayangi ialah Harben. Sayangnya dengan Harben langsung tidak diberinya keluar rumah. Si polan ini sayang juga dengan Anis.
Kadang-kadang dibawanya juga keluar rumah, ke pekan, ke penambang (jetty) dan ke sekitar kampung. Almaklum anak yang ketiga iaitu Amsal kadang-kadang langsung tak diendahnya.. jadi merayau-rayau lah si anak ini ke sekitar kampung dan sampai ke pulau seberang. Kurus kering badannya kerana jarang diberi makan.
Hendak dijadikan cerita, suatu hari yang mendung raja yang memerintah kampung itu dari pulau seberang telah memanggil si polan ini pergi mengadap. Susah hati lah si polan ini sebab badannya sudah tua, terpaksa pulak mengayuh selat nak ke pulau tersebut. Lagi pula musykil hatinya. Apa yang dimahukan si Raja itu.
Maka dipanggilnya si Harben."Harben, tolong hantar ayah ke pulau seberang..Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak? "Apa yang dijawab Harben? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Harben tak pernah keluar rumah jadi macamana Harben nak hantar ayah ke sana sebab Harben tak tahu jalan. Kalau mahu, Harben hantar sampai depan pintu saja lah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Harben sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya tidak boleh diharap. "Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih.
Dipanggilnya pula si Anis."Anis, tolong hantar ayah ke pulauseberang. .Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap..boleh ya nak?" Apa yangdijawab Anis? "Minta maaf lah ayah. Masalahnya Anis tak pernah keluar dari kampung ni jadi macamana Anis nak hantar ayah ke sana sebab Anis tak tahu jalan. Kalau mahu, Anis hantar sampai hujung kampung sajalah, ye ayah?"
Mendengar jawapan si Anis itu sedihlah hati si polan ini kerana anak yang disayanginya ini pun tidak boleh diharap juga."Baiklah kalau begitu" jawabnya sedih. Dipanggilnya pula si Amsal. "Hei Amsal,tolong hantar ayah ke pulau seberang..
Tuanku Raja memerintahkan ayah mengadap.." Lalu Amsal menjawab, "Baiklah ayah" tanpa sebarang alasan.Menyesallah dihatinya kerana tidak menyayangi anaknya Amsal akan tetapi dia sanggup melakukan apa saja untuk ayahnya.

Lalu pergilah si polan mengadap Raja. Harben menghantar di pintu pagar rumah, Anis menghantar sampai ke penambang dan si Amsal mengikut ayahnya mengayuh kolek. Sedang mengayuh itu, tidak semena-mena ribut melanda dan hujan lebat pun turun.Terkial- kiallah mereka mengayuh dan disebabkan si polan yang dah tua dan si Amsal yang kurus kering karamlah mereka berdua terkubur di lautan.
Sekian adanya.

APA PENGAJARAN CERITA INI??

Adapun anak-anak si polan ini ialah sebenarnya kehidupan lelaki tua ini.
Harbenialah
·         HARTA-BENDA,
·         Anis ialah ANAK-ISTERi
·         Amsal ialah AMAL-SOLEH.

Friday, 25 November 2011

kisah hidupku: Dikaulah Cintaku...........

kisah hidupku: Dikaulah Cintaku...........: maincharacter : Akiff Daniel & Nia hardila.... sinopsis: mengisahkan tentang seorang gadis meskin yang selalu dihina oleh orang kampug di...

Doa ketika bersedih atau berduka cita

Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada ditimpa kesusahan dan kedukaan daripada kelemahan dan kemalasan, daripada kedekut dan perasaan takut dan daripada desakan berhutang dan paksaan orang.


 

Thursday, 24 November 2011

Dikaulah Cintaku...........

maincharacter : Akiff Daniel & Nia hardila....
sinopsis:

mengisahkan tentang seorang gadis meskin yang selalu dihina oleh orang kampug disebabkan kedaifan hidupnya. Dilahirkan dengan rupa yang biasa, keadaan fizikal yang tidak sempurna menyebabkan dia menjadi mangsa ejekan teman-temannya terutamanya Akiff Daniel yang merupakan seorang jejaka tampan, segak dan kaya tetapi penuh denga sifat bongkak dan ego. Perkenalannya dengan Nia Hardila telah banyak membawa banyak masalah dalam hidupnya sehinggakan dia menggelarkan Nia Hardila Musuh Tradisinya... Nak tau ape kesudahan cerita ini jangan lupe singgah saye punye blog...hehehehhehe

Bau nak start tulis cerpen....hehehhehhehe

ok kepada semua jangan lupe baca cerpen yang saya tulis..
ehheheheehhe cerpen ni boleh dikatakan permulaan bg saya sebagai salah salah satu cara saye bue mase...uhuhhuhuuh... hope u enjoyyyyyyy... and dnt forget to leave the comment.....<oo>..hhuuhu

Doa Harian ....

Ya Allah,
sekiranya rezeki kami berada di langit,
maka turunkanlah ia;
jika ia ada di bumi, keluarkanlah ia,
dan jika ia ada di dalam lautan, munculkanlah.
Sekiranya rezeki kami ada di tempat yang jauh,
dekatkanlah ia;
jika ia sedikit, banyakkanlah ia;
dan jika sukar untuk sampai kepada kami,
mudahkanlah ia,
serta pindahkanlah rezeki tersebut kepada kami
dengan kemuliaan, kepemurahan dan kebaikanMu,
dengan rahmatMu,
wahai Yang Maha Pengasihi
diantara yang pengasih.

Marilah Sama-sama Kita Amalkan...... Mudah-mudahan Segala Amal Kita Diterima... Amin

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa
 mulut dan lidahku ini".
 Penjelasan: Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah
2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah
 muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
 Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri
3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
 berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
 Penjelasan: Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan
4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah,
 janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
 Penjelasan: Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri
5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah
 daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
 Penjelasan: Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas
 kepala.
6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah
 dosa telinga ku ini"
 Penjelasan: Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2
 berunsur maksiat ..
7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah,
 permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
 Penjelasan: Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali
8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah
 daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
 Penjelasan : Qada’ dan Qadar kita di tangan Allah