PENGENALAN
Perubahan sifat pertanian British merangkumi beberapa aspek seperti peningkatan tanah, tanaman dan kaedah baru dalam pertanian, revolusi pertanian dan perindustrian serta kenaikan harga selepas tahun 1760. Peningkatan tanah adalah permulaan kepada perubahan sifat pertanian di British., Sistem pajakan telah digunakan secara meluas oleh tuan tanah dalam menjalankan aktiviti pertanian. Pengenalan kepada kaedah tanaman baru turut memberi kesan yang ketara ke atas sektor penternakan. Petani Inggeris khususnya di Timur Anglia telah mempelajari kaedah pertanian daripada petani Belanda. Menjelang abad ke-18, ekonomi Inggeris menjadi maju kerana berlakunya Revolusi Pertanian dan Perindustrian yang telah member banyak kesan positif terhadap sektor industri di Eropah.
Sebelum berlakunya Revolusi Perindustrian, telah wujud industri-industri kecil seperti industri logam, industri besi, dan industri arang batu. Perkembangan sektor perlombongan telah menyebabkan industri logam berkembang dengan pesat. Industri besi juga turut berkembang apabila pada abad ke-18 apabila berlakunya peningkatan ke atas permintaan besi kerana banyak negara terlibat dalam peperangan. Selain itu, industri arang batu turut membawa kepada penciptaan teknologi baru. Industri yang berkaitan dengan benang daripada bulu binatang, sutera, kapas dan pembuatan jam turut berkembang seiring dengan perubahan yang berlaku di Eropah.
PERUBAHAN SIFAT PERTANIAN BRITISH
PENINGKATAN TANAH
Peningkatan tanah adalah disebabkan oleh hasil daripada kepungan. “Young” telah telah menunjukkan senarai pertama dalam peningkatan kaedah yang digunakan di Norfolk pada tahun 1771. Antara penambahbaikan yang dilakukan ialah memperkenalkan putaran tanaman, tuan-tuan tanah memberi pajakan tanah yang lama, daerah dibahagikan kepada beberapa buah ladang yang besar dan sebagainya. Dalam soal pajakan ( perkara ke-6 dalam senarai Young) terdapat pertikaian kerana tuan tanah membuat pajakan jangka pendek iaitu tujuh, empat belas, atau dua puluh satu tahun dan berkeras menulis ‘peningkatan fasal’ dalam pajakan. Salah satu faedah pajakan singkat ialah pemilik tanah boleh menyingkirkan penyewa-penyewa yang tidak cekap. Tuan tanah dan peladang bebas akan menanam balik sebahagian keuntungan mereka setiap tahun bagi terus mempertingkatkan produktiviti tanah mereka. Para usahawan yang bertanah biasanya mendapat modal daripada gadai-janji, usaha perdagangan atau spekulasi politik.
Peningkatan aktiviti para usahawan besar adalah penting walaupun kurang berjaya seperti yang dikatakan Young bahawa ‘usahawan besar’ menyewa ladang antara 200 ekar hingga 500 ekar tanah. Beberapa usahawan menganggap penglibatan dalam peningkatan tanah menrupakan simbol kepada status mereka. Tetapi terdapat beberapa orang usahawan yang terlibat secara serius dalam peningkatan tanah contohnya Townshend, Coke, Rochingham, Beaford, dan pemilih tanah lain yang diletakkan dihadapan negara oleh pengulas-pengulas yang menulis artikel dan buku-buku mengenai cara-cara yang baru. Sewa tinggi yang diminta tuan tanah adalah ransangan daripada penyewa yang mendapat pendapatan tunai yang besar daripada jualan di pasaran. Para usahawan dan penyewa-penyewa ladang telah mengetuai jalan pasaran. Manakala pemegang kekal yang lebih kecil, dan lebih rendah dalam skala sosial tertekan semasa kejatuhan harga pasaran. Akibatnya ladang-ladang kecil menjadi semakin tidak ekonomik. Selepas tahun 1750, berlaku penurunan dalam pemilikan tanah kerana pemilik menjual ladang kepada estet dan menggunakan wang tersebut, mereka menjadi usahawan kecil-kecilan.
Bagi masyarakat yang tidak memiliki tanah, mereka telah berjaya menjalani kehidupan dengan bahan buangan, kayu kayan, rawa dan mur. Kehidupan mereka lebih teruk selepas kepungan. Bagi meningkatkan kelas kehidupan golongan ini, mereka menjadi buruh yang diupah di desa atau mencari pekerjaan di bandar yang terdekat. Akibatnya, penduduk luar bandar semakin berkurang ekoran daripada pengenalan kaedah-kaedah pertanian baru. Tetapi ia adalah tidak benar kerana beberapa kawasan luar bandar telah meningkatkan populasi mereka. Hampir setiap mukim di Belanda mengalami peningkatan penduduk walaupun fakta menyatakan bahawa tiada pembangunan perindustrian di sana.
Di England, berlaku kemerosotan jumlah petani sara diri dan sebaliknya berlaku peningkatan jumlah buruh bergaji. Para petani membayar sewa dan gaji dan menerima pendapatan dari jualan hasil dalam pasaran, manakala pemilik tanah menerima sewa sebaik buruh-buruh mnerima gaji. Perubahan dalam pendapatan tiga golongan (pemilik tanah, petani dan buruh) memberi kesan kepada ekonomi. Dalam ekonomi sara diri di Ireland, kejatuhan harga makanan bererti kejatuhan dalam pendapatan masyarakat seterusnya kejatuhan dalam permintaan barangan bukan pertanian. Manakala dalam ekonomi Inggeris, kejatuhan harga bererti kenaikan dalam upah walaupun ia bermaksud pendapatan petani dan pemilik tanah jatuh. Namun ini hanya memberi mereka insentif untuk menjadi lebih cekap dan inovatif.
TANAMAN DAN KAEDAH-KAEDAH BARU DALAM PERTANIAN
Mengikut sistem padang terbuka lama, sebuah padang pertanian akan dibiarkan terbiar setiap tiga tahun. Semasa abab ke-17 beberapa petani Inggeris telah mempelajari pengalaman daripada petani Belanda dalam menebus guna tanah. Pada abad ke-17 dan ke-18 telah berlaku pertanian yang progresif di Timur Anglia di atas tanah yang berpasir dengan menggunakan kaedah pertanian Belanda yang lebih cepat. Rumput-rumput tiruan, cengkih, lucernes dan sainfon akan ditanam di atas sebidang tanah yang terbiar. Selain itu, pada abad ke-17 perkenalan tanaman baru iaitu tanaman berakar seperti lobak putih, turnip dan kentang ditanam selepas pembersihan tanaman. Rumput dan tanaman berakar membekalkan makanan kepada binatang pada musin sejuk. Sebelum pengenalan makanan musin sejuk, kebanyakan binatang akan dihapuskan pada musim luruh kerana satu-satunya makanan pada musim sejuk ialah rumput kering yang ada di padang rumput dan padang ragut semula jadi yang disediakan oleh rakyat jelata dan daripada padang terbiar.
Pertambahan bilangan binatang menberi manfaat kepada para petani kerana haiwan-haiwan akan memakan tanaman berakar atau rumput tiruan akan memupuk tanah dan ia akan menyebabkan kesuburan tanah. Tidak hairanlah ada penulis yang menyatakan bahawa pertambahan haiwan seperti biri-biri yang memakan tanaman tanah berpasir di Timur Anglia telah memupuk tanah dan ia amat sesuai ditanam dengan tanaman seperti barli atau bijirin lain. Ia merupakan satu kombinasi tanaman berakar dan biri-biri yang kebanyakannya berpusing dari tanah rawa yang kecil kepada tanah barli yang kaya di mana Norfolk iaitu putaran turnip, barli, lucernes dan gandum musim bunga menyediakan kitaran empat tahun dimana bendang sentiasa digunakan. Dalam kitaran tiga tahun, ia digunakan umtuk satu pertiga masa. Pada 11726, Defore melaporkan bahawa tunip telah di tanam di Suffolk dalam tahun 1640. Defore menyatakan bahawa sebahagian daripada England (Suffolk) mula menjalankan aktiviti perternakan lembu, biri-biri dan tanaman lobak putih. Sebahagian besar aktiviti ini dijalankan di timur laut dan selatan England. Sesetengah masyarakat yang tidak dapat menerima danging lembu, mereka akan memilih lobak putih.
Minat terhadap penternakan bianatang semakin meningkat kerana ia merupakan makanan musim sejuk yang mudah diperolehi. Robert Bakewell (1725-1795 ) telah memperkenalkan empat baka biri-biri yang baru. Bakan yang paling penting ialah baka Leicester. Beliau telah menyedari bahawa terdapat pasaran bagi daging segar. Oleh itu, beliau telah menumpukan perhatian kepada penternakan untuk bekalan daging berbanding untuk penghasilan bulu yang mempunyai nilai yang tinggi sedikit masa dahulu. Disebabkan ini, Bakewell menjadi kaya dan dalam satu-satu musim dia mampu mengenakan caj sebanyak 6,000 guineas terhadap biri-biri jantan yang dibiaknya. Walau bagaimanapun, Bakewell kurang berjaya dalam pembiakan lembu. Selain daripada Bakewell, adik beradik Collings dan Durham turut terlibat dalam penternakan. Adik beradik Collings dan Durham mendapatkan 1,000 guineas untuk lembu jantan dan 500 guineas untuk lembu biasa daripada petani yang bimbang untuk meningkatkan pembiakan baka-baka haiwan ternakan mereka. Jumlah caj yang dikenakan oleh adik beradik Colling dan Durham serta pembiak baka lain telah menghadkan telah menghadkan pengaruh mereka. Sebilangan kecil petani yang kaya mampu untuk membayar harga yang ditawarkan oleh pembiak baka binatang. Namun bagi petani yang tidak mampu membeli baka-baka ternakan bagi pembiakan baru akan mempelajari dari rakan petani yang lebih kaya untuk membantu mereka dalam menjadikan penternakan binatang sebagai pelaburan yang menguntungkan.
Manakala di Timur Anglia telah diperkenalkan kaedah pertanian baru. Ini adalah bukti yang menunjukkan pengetahuan dan pengalaman para petani Norfolk telah diulas oleh pengulas dalam hal ehwal pertanian. Pada tahun 1748, Pehr Kalm telah melawat Timur Anglia dan menulis mengenainya dalam Little Gaddesden in Hertfordshire. Dalam tulisannya, Pehr Kalm menyatakan bahawa di England terkenal dengan penyemaian lobak putih di atas tanah yang dibajak sebagai makanan biri-biri. Lobak putih ditanam semasa bulan Mac. Manakala rai ditanam pada musim luruh dan digunakan pada musim sejuk. Lobak putih juga merupakan makanan utama di England walaupun ketika itu masyarakat turut memakan daging lembu, biri-biri, babi dan sebagainya. Selain itu, bidang-bidang tanah pertanian akan dibahagikan kepada beberapa bahagian kecil yang diliputu pagar-pagar.
Tiga puluh tahun kemudian, Arthur Young telah melawat Utara England dan melaporkan bahawa masyarakat petani di situ membajak pada musim sejuk sebanyak dua atau tiga kali dan pada pemulaan bulan Mei, mereka akan menanam sayuran seperti kubis. Di Candlemas, mereka muaggunakan beberapa ekor lembu jantan untuk membajak. Pada tahun 1765, dua ekar tanah telah ditanam dengan tanaman kubis dan tanaman ini digunakan di antara Krismas dan Candlemas. Selain kubis, Mr. Turner juga mempunyai dua ekar tanaman broccoli di atas tanah liat untuk makanan biri-biri pada musim sujuk.
Jethro Tull (1674- 1741) yang sepatutnya tidak layak mendapat kemasyuran sebagai perintis pertanian kerana beliau menyatakan membajak dan mencangkul untuk menguraikan tanah sudah cukup untuk menyuburkan tanaman. Jethro Tull juga menyokong penggunaan alatan besi dalam pertanian seperti sikat dan pencakar yang boleh ditarik dengan hanya seekor kuda. Sehingga abad ke-17, kebanyakan kerja perladangan dilakukan oleh sekumpulan lembu jantan. Kuda tidak digunakan kerana kos makanan kuda adalah mahal tetapi penggunaan kuda mempercepatkan kerja perladangan. Namun, permulaan revolusi pertanian adalah di Timur Anglia. Alatan besi seperti bajak, tajak, sikat, penggolek makanan adalah alatan yang sesuai digunakan pada tanah yang berpasir di Timur Anglia. Walau bagaimanapun ada juga pemilik tanah yang tidak bernasib baik seperti Townshend yang digambarkan oleh Young. Tahun 1730, terdapat tanah yang tidak mempunyai pokok atau tumbuhan dan menyebabkan biri-biri pergi ke ladang yang lain. Tonwshend bernasib baik kerana beliau telah menutup estetnya pada tahun 1760. Kemudiannya semakin banyak estet ditutup. Ini menggambarkan bahawa perubahan pertanian sukar dinyatakan sebagai ‘revolusi’ sejak diperkenalkan pada tahun 1640 sehingga digunakan meluas sehingga penghujung abad ke-18.
REVOLUSI PERTANIAN DAN PERINDUSTRIAN
Menjelang abad ke-18, ekonomi Inggeris lebih maju berbanding dengan ekonomi India atau Negeria pada hari ini. England pada abad ke-18 juga merupakan satu-satunya negara yang mejoriti penduduknya bergantung hidup dengan aktiviti pertanian. Sektor pertanian akan memberi kesan kepada sektor perindustrian. Pertanian Inggeris merupakan sumber pelaburan modal dalam industri dan pengangkutan serta pembangunan bandar. Pada abad ke 18, pekerja industri membahagikan kerja mereka antara kerja di ladang dan rumah serta ada juga yang bekerja dalam industri domestik. Pada tahun 1698, Celia Fiennes menyatakan beberapa aspek yang berkaitan dengan pertanian dan perindustrian. Celia menyatakan bahawa Exeter adalah sebuah bandar yang kukuh. Masyarakat Exeter menjalankan penjualan pada hari pasaran iaitu Jumaat yang menyediakan pelbagai barangan.
Perluasan perindustrian dan pembandaran amat bergantung kepada sektor pertnian untuk membekalkan bahan-bahan mentah yang digunakan dalam sektor perkilangan dan bengkel. Hal ini menunjukkan kegagalan dalam sektor pertanian akan memperlahankan aktiviti dalam sektor perindustrian. Sektor pertanian Inggeris sangat produktif sehingga tahun 1760-an. Hasil yang diperolehi daripada eksport digunakan untuk membeli barang import asing seperti kapas mentah, kayu, bijih besi dan sebagainya.
KENAIKAN HARGA SELEPAS 1760
Hasil pertanian yang berharga rendah menyebabkan pekerja-pekerja meminta kenaikan gaji atau sekurang-kurangnya diberikan gaji tetap. Kenaikan gaji dan pertumbuhan penduduk adalah kuasa berkembar yang mendorong kepada perkembangan perindustrian. Kejatuhan harga menyebabkan para petani mencari kaedah-kaedah baru untuk meningkatkan keluaran hasil ladang dengan lebih cekap dan produktif. Kenaikan harga menyebabkan pendapatan golongan ini turut pertambah. Pertambahan pendapatan penyewa dan pemilik tanah membolehkan mereka menjadi pengguna yang lebih kerap ke atas produk perindustrian. Peningkatan terhadap produk industri telah mendorong pemain industri meningkatkan penghasilan produk dengan lebih cekap dan dapat dijual dengan harga yang murah. Permintaan yang meningkat terhadap sektor pertanian adalah disebabkan oleh kestabilan sektor pertanian.
INDUSTRI SEBELUM REVOLUSI PERINDUSTRIAN
(Kecil, Luar Bandar tetapi Kapitalis)
Berdasarkan Jadual Populasi yang dikemukan oleh Gregory Kin menunjukkan bahawa jumlah tenaga buruh mahir, pedagang yang berdagang sama ada di laut atau di darat, dan ahli-ahli peniagaan adalah sangat kecil. Hal ini demikian kerana negara England dan Wales merupakan sebuah negara yang kurang membangun di mana majoriti penduduknya menyara kehidupan mereka melalui kegiatan pertanian. Pekerja-pekerja industri pula menggunakan peralatan yang mudah, dan murah. Ramai daripada mereka bekerja di rumah sendiri, setiap kotej juga mempunyai pemintalnya dan setiap kampung mempunyai mesin tenunannya. Terdapat juga pelaburan yang dilakukan dalam jumlah yang besar contohnya Syarikat sudagar seperti Syarikat India Timur dan Syarikat Hudson Bay yang melabur pada kapal-kapal dan gudang-gudang di England mahupun di luar negara, dan terdapat juga saham yang berada dalam tangan.
Pelaburan dalam sektor perlombongan memerlukan modal yang lebih besar berbanding dengan pelaburan biasa kerana perlu menanggung kos yang besar seperti kos batang tenggelam, pembelian gear penggulungan, dan wap-pam. Dr. Richard Pocock menyatakan bahawa dia menjumpai timah di lombong-lombong Cornish sekitar tahun 1750. Beliau berkata setiap dua batang lombong terdapatnya arka dan lubang tangga dimana tangga-tangga lurus arka ditegakkan yang panjangnya hampir 30 kaki manakala yang lain dipanggil sebagai wem-shaft, wem atau windlace yang akan dipusingkan oleh seekor kuda, dengan bantuan mereka membiarkan tab mandi yang dipanggil kibble untuk membawa bijih. Pada bahagian bawah tangga terdapat lubang yang dipanggil sebagai “gunnies” yang merupakan tempat untuk mengumpulkan bahan mineral dan bijih. Selain itu, terdapat juga enjin aci kebakaran untuk mengepam air yang telah dicipta oleh Mr Newcomen dan Captain Savory kira-kira lima puluh tahun dahulu. Dibahagian bawah lubang yang sedalam enam kaki akan menerima air dari semua bahagian air yang dipam 24 fathoms kepada saluran yang dikenali sebagai audit. Mereka bekerja dari 6 hingga ke 10 jam sehari kecuali pada hari ahad. Para pekerjanya juga terdiri daripada kaum wanita, dan juga kanak-kanak yang ditugaskan untuk memecah dan mengasingkan bahan mentah tersebut.
Terdapat beberapa industri logam yang sangat membangun pada abad ke-18 yang mendahului timah dan tembaga, iaitu logam bukan ferus yang boleh lebur dan diperhalusi. Ini kerana, di South Wales harga arang batu adalah sangat murah ,peleburan yang banyak, dan kerja-kerja penapisan telah ditubuhkan disana. Tembaga dan timah yang dibawa dari lombong Cornish yang dahulunya untuk kerja-kerja peleburan dan penapisan tidak lagi menguntungkan tidak seperti kayu bahan api atau bahan bakar yang susah untuk didapati dan sangat mahal harganya. Tembaga Anglesey telah dileburkan di coalfields Lancashire, kemudiannya di leburkan di coal Derbyshire dan separuh daripada tembaga ini telah lebur di Britain pada tahun 1750 serta di Swansea yang terletak berhampiran dengan coalfields Soult Wales untuk import bijih dan eksport produk siap.
INDUSTRI BESI
Pada abad ke-19 Industri besi telah menjadi satu industri yang sangat penting apabila landasan kereta api, kapal wap, peralatan kejuruteraan, enjin-enjin, dan mesin-mesin dalam kilang tekstil diperbuat daripada besi atau keluli seiring dengan berlakunya Revolusi Perindustrian. Aston membuktikan telah diatur pada satu asas kapitalis selama berabad-abad lamanya, dari tempoh terawal dimana maklumat tepat didapati, pembuatan besi di negara ini telah dijalankan pada garisan-garisan kapitalis, bukan sahaja pekerja bergantung kepada majikan untuk bahan mentah dan pasaran, tetapi juga dibawa bersama-sama dalam kerja-kerja yang dibayar upah dan melaksanakan kewajipan mereka di bawah syarat-syarat yang tidak jauh bezanya dengan industri yang besar pada zaman moden dan skala operasi turut bertambah luas.
Sebelum besi muncul sebagai produk siap, ia telah melalui beberapa proses yang melibatkan penggunaan relau yang memerlukan banyak penggunaan bahan api. Biji besi dileburkan dalam satu tiupan kencang dan logam telah lebur dituang ke dalam acuan babi-babi yang telah diberi nama besi jongkong (babi-besi). Besi jongkong ini di cairkan dalam satu udara kecil dan logam akan diperhalusi menggunakan salah satu daripada dua cara yang ada. Cara ini sangat sesuai untuk membuat besi bagi kegunaan domestik seperti periuk belanga. Besi tuang juga sesuai untuk industry pembuatan meriam dan lain-lain senjata kerana besi ini adalah keras. Permintaan terhadap besi ini meningkat pada abad ke-18 kerana banyak negara terlibat dengan peperangan. Selain itu, terdapat juga besi lain iaitu besi tempaan yang lebih mudah dibentuk dan tegang daripada besi tuang. Besi ini telah dibawa ke kilang untuk dipanaskan semula dan diluluskan melalui penggelek beralur yang menarik besi ke bar nipis atau rod yang kemudiannya dipotong untuk membuat, tapak kaki kuda, kuku, penyodok, kunci, dan sebagainya.
Pada awal abad ke-18 industri besi telah sampai kepada zaman kemuncaknya. Antara tahun 1625 dan 1635 kira-kira 26000 tan output besi-babi yang dikeluarkan dalam setahun tetapi pada tahun 1720 sebanyak 20000 digunakan untuk membuat barang-barang besi tuang. Kebanyakkan besi tempa dan keluli yang dihasilkan di England dan Wales telah diperbuat daripada bar besi yang di import dari Sweden dan Rusia. Pusat perindustrian telah menjadi dengan bekalan kayu balak yang mencukupi dan pengaliran air yang lancer. Defoe menulis pada tahun 1726 dengan menyatakan bahawa semua kawasan dalam negara tersebut sangat menyenangkan dan berhasil dari Guildford ke Westerham yang sepatutnya merebak ke bandar-bandar lain, rumah-rumah tuan-tuan , kampung-kampung, dan tanah betul-betul diusahakan. Semua di bahagian sebelah kana mengatakan bahagian selatan sangat berkembang dengan kayu, mempunyai banyak bahan buangan, tanah-tanah liar dan hutan-hutan serta kayu-kayan, dengan kerja-kerja besi yang banyak, cerobong- belakang, yang kesemuanya memerlukan besi yang tidak terhingga. Aduan yang beliau nyatakan sebelum ini bahawa kayu akan berkembang dengan terhad dan disayangi daripada kuantiti yang besar yang digunakan dalam kerja-kerja membuat besi di Susex.
Abraham Darby, yang merupakan seorang pengusaha kilang yang berdaya uasaha telah membuat experimen dengan arang kok sebagai satu bahan api dalam letupannya. Setelah menemui banyak kegagalan, akhirnya pada tahun 1710 dia telah menemui cara untuk menghasilkan besi jongkong yang baik dan bebas daripada kekotoran iaitu dengan menggunakan arang kok untuk menghasilkan arang batu daripada kawasan lain. Penemuan Abraham Darby yang kedua iaitu pada tahun 1749, beliau telah menjumpai cara-cara untuk membuat arang kok bagi besi jongkong yang sesuai untuk ditempa ke dalam bar besi. Ciptaan yang dibuat oleh Darby amat penting bagi industri besi British. Keadaan ini menggalakkan ironmaster meniru untuk menggunakan arang kok daripada arang untuk menghasilkan tuangan kedalam reka bentuk yang lebih ringan dan halus. Walaubagaimanapun arang kok ialah satu bahan api lambat yang memerlukan lebih banyak kuasa daripada yang diperuntukan. Arang terus menjadi bahan api yang hanya sesuai untuk kegunaan industri yang menghasilkan bar besi. Bar besi British terus menjadi produk yang kurang sesuai, walaupun arang merupakan bahan api daripada bar besi dari Rusia dan Sweden.
Pergantungan yang berterusan pada arang dan air menyebabkan saudagar Birmigham menulis surat pada tahun 1759. Dia menulis mengenai penubuhan kerja-kerja Carron baru di Scotland. Antara isi kandungan surat tersebut ialah dia dan Dr Roebuck kegunaan air carron adalah sangat penting bagi semua jenis pekerjaan. Beberapa tempat kejiranan di Firth of Forth menjadi salah satu daripada tempat untuk menghasilkan besi di Britain yang melibatkan pembuatan besi daripada bijih kedalam bar dan kelar besi tetapi juga dalam bidang pembuatan yang lain. Keadaan ini memperlihatkan sesuatu keadaan yang akan menguntungkan pengeluar kerana ia mendekatkan Firth of Fort dengan Bounghey, Toryburn dan Limekiln kerana memerlukan perbelanjaan yang serdahana kerana ia dihantar lebih murah dari Highland dan kawasan hutan yang berhampiran.
John Guest Telah menjadi pengurus untuk sebuah syarikat kilang besi yang baru ditubuhkan di Downlais, Glamorgan. Penubuhan syarikat ini adalah didorong oleh satu siri peperangan melawan Perancis pada 1756-1763. Keadaan ini membawa kepada peningkatan pemintaan terhadap meriam dan lain-lain senjata. situasi ini sekali gus mengukuhkan kedudukan Downlais sebagai pusat perindustrian besi dunia.
INDUSTRI ARANG BATU
Pada kurun ke-13 arang batu telah dihantar ke New Castle untuk dijual sebagai bahan api domestik di Landon yang dikenali sebagai “Kol Laut”. Pada awal abad ke-18 arang batu telah digunakan sebagai bahan api dalam beberapa industri contohnya pembruan dan pembuatan tembikar dalam kuantiti yang semakin meningkat di rumah-rumah dan di bandar-bandar tambahan pula sumber kayu semakin sukar untuk didapati. Melombong arang batu merupakan satu lagi industri yang berasaskan luar bandar. Sesetengah daripada pemilik tanah di mana arang batu telah dijumpai telah menjalankan kerja-kerja melombong arang batu. Oleh kerana permintaan terhadapa arang batu meningkat maka banyak masalah telah timbul. Sebagai contoh batang aci yang perlu ditenggelamkan dengan lebih membahayakan berbanding gas dan air. Gas lengai pada mulanya akan diberus ke dalam lombong dengan tandan Furze atau Chokedamp. Kemudiannya api akan dinyalakan dan satu aci akan diturunkan. Udara yang sarat dengan gas akan dikeluarkan oleh aci kedua. Ia perlu dilakukan dengan berhati-hati kerana kerana gas adalah jenis yang mudah terbakar. Kaedah yang biasa digunakan iaitu menggunakan lilin yang dipasang pada topi pelombong untuk mendapatkan cahaya.
Pada tahun 1708, seorang tukang besi dari Dartmouth telah mencipta satu enjin yang berbeza dari enjin Savery dimana air sejuk disembur terus kedalam stim megisi selinder untuk mewujudkan vakum supaya tekanan atmosfera memaksa omboh supaya turun. Enjn Newcomen ini telah diguna buat pertama kalinya dalam Colliery Mindland dan terbukti berjaya dan telah menggantikan fungsi enjin Savery yang mahal. Menjelang tahun 1760 terdapat kira-kira 40 buah enjin telah digunakan di lombong-lombong biji timah di Cornish dan sebanyak 60 buah di Mindlans. Abraham juga menggunakan enjin ini untuk mengepam air air dari milipond setelah mengalir ke atas dan berputar ke roda untuk membawa relau bagas. Selepas pelombong arang batu memotong arang ia perlu diseret disepanjang dasar lombong dengan menggunakan bakul lalu ditarik naik ke permukaan. Setelah tiba dipermukaan ia arang-arang tersebut akan dibawa oleh kereta yang ditolak oleh kuda. Tindakan ini membolehkan lebih banyak dan lebih cepatarang batu diangkut. Sistem pengangkutan yang baik memainkan peranan yang amat penting dalam industri perlombongan arang batu.
Industri arang batu secara semulajadinya adalah bersifat kapitalis. Sesorang telah membayar untuk mengikat aci, memasang enjin berkuasa wap, dan penggulungan gear. Biasanya, jika mempunyai peluang pekerja bersama-sama menpunyai modal yang cukup membolehkan mereka menjadi pemilik lombong. Selain itu, jka mempunyai sedikit harta, dan dengan meminjam modal daripada pemilik tanah tempatan atau daripada bank mereka dapat menjadi pemilik lombong.
INDUSTRI DARI BENANG BULU
Sebelum tahun 1760 industri dari benang bulu telah menjadi industri kedua terpenting selepas pertanian. Biri-biri Inggeris yang menghasilkan bahan mentah akan disusun dan diasingkan dalam kotej pekerja kemudiannya akan disikat untuk mmemisahkan rambut pendek dan panjang untuk membuat satu gulungan putih yang lembut. Selepas itu, ia akan diputar, dianyam, dipenuhkan, dibasuh, diregangkan, dilunturkan, dipakaikan dan diketamkan. Kebanyakkan kerja-kerja ini dilakukan didalam kotej atau pondok di mana pekerja-pekerja terdiri daripada golongan petani. Wanita dan kanak-kanak akan melakukan kerja-kerja seperti membersih, memintal pada roda putarsama ada dengan tangan atau kaki pada satu-satu masa. Kaum lelaki pula akan akan menyikat bulu-bulu dengan dawai untuk meluruskannya. Jalainan pembuatan kain dengan jalinan lengkungan memerlukan penggunaan lebih banyak kekuatan daripada putaran. Kaum lelaki yang menggunakan gunting yang besar untuk memotong kain, dan merehatkannya sekejap. Selepas itu kain tersebut akan diberus supaya licin dan gebu. Kain yang telah siap dipotong dan diketam akan menghasilkan satu permukaan yang licin dan dicelup ke dalam air yang bewarna.. Pencelupan ialah satu proses yang memerlukan peralatan yang tidak boleh ditempatkan didalam kotej.
Pada pertengahan abad ke-18, hampir setiap daerah di England dan Wales telah menghasilkan kain daripada benang bulu. Walaubagaimanapun masih terdapat sesetengah daerah yang masih menjalankan kegiatan pertanian. Kebanyakan kampung-kampung dinamakan sempena dengan nama kain-kain yang telah dihasilkan. Sebagai contoh kampung Kersey di Suffolk, kampung Worsted dan sebagainya. yang menggunakan nama satu jenis kain dari benang bulu. Industri ini memerlukan penggunaan air yang banyak bagi kerja-kerja seperti fulling, mencelup, dan sebagainya. Kapitalis akan membeli dalam pasaran tempatan atau membelinya secara terus daripada petani dengan memberikan carders, dan pemintal, kemudiannya akan diserahkan kepada penenun kain. Penjual kain pula, akan menyerahkan bajunya kepada “fuller”, “dresers” (orang yang berpakaian) dan “shearers” yang bekerja dikilang-kilang dibawah penyeliaan.
Di bahagian timur Anglia, kawalan industri dibahagikan antara kerja induk penyikatan yang mengawal kerja-kerja pemintalan dan penenunan dengan peniaga-peniaga kain yang mengawal kerja-kerja penyudahan. Manakala di Yorkshire berada dalam tangan clothiers induk dengan berbekalkan modal kecil, tukang tenun bekerja di dalam rumahnya sendiri, benang-benang dipintal oleh golongan wanita dalam kotej atau pondok mereka dan para penenun boleh menggunakan benang yang disediakan oleh pemintal yang bertujuan untuk meningkatkan output pemintal. Kebanyakkan daripada kain-kain yang telah siap akan dijual kepada peniaga yang terlibat dalam kegiatan eksport. Pada pertengahan abad ke-18 pengeluaran kain daripada benang bulu memperlihatkan lebih separuh daripada nilai eksport domestik. pembangunan pesat dalam industri ini menyebabkan berlakunya peningkatan dalam jalinan hubungan antarabangsa, pengalaman yang mendalam dalam bidang perdagangan dan berpeluang untuk meningkatkan perdagangan dua hala diantara kedua-dua empayar dan di negara-negara neutral.
INDUSTRI KAPAS
Pada awal abad ke-18 industri kapas British merupakan satu industri yang kecil dan mundur yang menggunakan campuran meledingkan linen dan benang kapas. Produk yang dihasilkan adalah kasar, tidak mampu menandingi kualiti halus penerbitan kain Calicoes dan Muslins dari India. Pada tahun 1700 Parlimen telah meluluskan satu tindakan yang melarang untuk mengimport kain dari sana. Hal ini demikian kerana industri bulu British merasa terancam disebabkan oleh kenaikan dalam import produk dari India. Peniaga lelaki bangsa Inggeris telah mengimport kain putih kapas dan mencetak serta mencelupnya di Britain. Sekali lagi, pada tahun 1721 Parlimen telah meluluskan akta yang melarang untuk mengimport kain kapas tersebut. Saudagar-saudagar Inggeris terpaksa memmbangunkan industri kapas di British dan nasib telah menyebelahi mereka apabila berlakunya kekacauan politik di India. Pada abad ke-18 satu siri peperangan yang melibatkan England dan Perancis yang berlumba-lumba untuk mencari empayar baru bagi meluaskan pengaruh mereka. Keadaan ini hampir memusnahkan industri tekstil di india. Pada masa yang sama, bekalan kapas mentah mula disediakan di Brazil, barat India, dan Negara selatan yang bakal menjadi Amerika Syarikat. Bekalan mentah akan masuk ke Britain melalui pelabuhan Liverpool dari Amerika melalui aktiviti perdagangan yang digelar “Perdagangan Hamba”. Disebabkan factor inilah yang membangkitkan industri pembuatan kain kapas di Liverpool. Pada mulanya industri ini hampir sama dengan industri bulu, dimana para pekerja akan menerima kapas mentah dari pihak induk yang membeli balik produk siap.
Pada tahun 1836 Andrew Ure telah menulis sejrah Industri Kapas dan menyifatkannya sebagai satu sistem domestik. beliau mengatakan bahawa bengkel penenunan merupakan sebuah pondok yang terletak di luar bandar dan apabila seseorang pekerja letih, dia akan duduk di kebun kecilnya dengan penyodok atau hoc kecenderungan pengeluarannya. Kapas yang membentuk benang dipilih oleh anak-anaknya, dan dipintal wanita-wanita yang lebih tua, dan juga dibantu oleh isteri serta benang itu ditenun sendiri olehnya bersama anak-anak. Apabila mereka tidak boleh mendapatkan bekalan benang maka mereka akan meminta pertolongan daripada jiran-jiran. Seseorang penenun yang baik boleh mendapatkan tiga orang wanita pada satu roda.
INDUSTRI SUTERA
Industri Bulu sememangnya amat penting sehingga membuatkan “Clothiers” (pembuat pakaian) dan pedagang sangat berpengaruh. Smith menyatakan bahawa “Clothiers” ini telah berjaya meyakinkan sesebuah negara bahawa keselamatan Komewel bergantung kepada kemakmuran pengilangan tertentu. Smith berkata demikian kerana merujuk kepada peristiwa dimana perbuatan yang cuba untuk melindungi Industri Bulu dengan mengharamkan pengimportan kain dari Muslins India dan Calicoes. Pada tahun 1700 hal yang sama berulang kembali apabila peniaga tidak dibenarkan untuk mengimport kain sutera dari luar seperti China, Itali, Sepanyol, dan Turki. Jika kapas terlalu kasar terdapat banyak produk yang menawarkan persaingan kepada bulu, sutera dan sebaliknya jika ia terlalu baik dan mahal sesuatu produk siap itu akan dianggap sebagai pesaing sebenar untuk pasaran yang besar.
Sutera tenunan telah dijalankan di dalam rumah pekerja-pekerja di Spitalfields di Landon, Coventry, Norwich, dan Macclesfield. Apabila benang bulu kapas menjadi sutera, penenun yang baik boleh menggunakan output sejumlah pemintal untuk memintal bahan mentah kedalam benang-benang yang kuat. John dan Thomas merupakan orang yang terlibat dalam peringkat akhir industri sutera yang mengawal kerja-kerja penenun dan pemintal serta menjual produk yang sip di dalam pasaran London. Sutera sipa yang dikilangkan di Perancis dan Itali adalah sangat kuat kerana sebahagian besar barang-barang eropah adalah unggul.
John Lombe telah pergi ke Leghorn di itali dan telah mencuri reka bentuk mesin yang digunakan oleh kilang-kilang disana dan dia telah menubuhkan kilang pertama di Britain yang terletak di Sungai Derwent berhampiran dengan Derby. Sejarah Derby pada 1791 telah merekodkan bahawa Itali mempunyai seni sutera yang ekslusif . John Lombe merupakan seorang lelaki yang bersemnagat, pelukis pelan yang baik, dan mechanik yang cemerlang. Beliau mengembara ke Itali dengan tujuan untuk menyelongkar rahsia Itali. Beliau seorang yang tenang dan sangat penyabar. Walaupun dia telah dilarang untuk memasuki kawasan kilang-kilang kain tetapi dengan cara memberi rasuah kepada pekerja dia telah Berjaya memasuki kilang dan berjaya menemui plot tersebut.
Dengan pengalaman yang diperolehinya, pada tahun 1717 beliau telah menjadikan Derby sebagai markas dia untuk menjalankan perniagaannya. Hal ini demikian kerana pecan Derby merupakan kawasan yang strategik kerana mempunyai bilangan kakitangan yang mencukupi dan bekalan air yang berterusan. Dia telah mencapai kata sepakat dengan Perbadanan untuk sebuah pulau atau paya dalam sungai, 500 kaki panjan, 52 luas 8 pound bagi setiap an, mempunyai 8 pansapuri, 468 tingkap, dan membelanjakan kira-kira 30 00o pounds. Bagunan ini didirikan diatas timbunan oak yang besar yang dianggarkan seluas 16-20 kaki persegi, dan menggunakan kayu-kayu yang lebih kukuh dan tahan yang diletakkan asas batu. Beliau menjangkakan bahawa keuntungan akan dapat dicapai dalam tempoh lebih kurang 14 tahun. Tetapi nasib malang telah menimpanya apabila seorang wanita yang licik telah membantunya dalam perniagaan. Tanpa disedari olehnya dia telah diracun dan khirnya dia telah meninggal dunia.
INDUSTRI PEMBUATAN JAM
Terdapat banyak industri kecil di Britain sebelum Revolusi Perindustrian. Industri-industri yang menghasilkan kelengkapan sains, jam, dan merakam waktu mulai abad ke-17 dan 18 dimana standart tertinggi ketepatan dan kepandaiantelah dilaksanakan. Selapas tahun 1660 terdapatnya peningkatan yang ketara dalam pengeuaran peralatan dan mikroskop ion navigat sebagai tindak balaskeatas permintaan oleh ahli-ahli “Royal Society” baru oleh Admiralty dan terdapatnya peningkatan dalam pengeluaran jam tangan serta mainan mekanikal yang canggih untuk pasaran mewah. Menjelang 1700 jam telah menjadi satu bentuk perdagangan yang besar dimana terdapat lebih 120 000 jam tangan telah dihasilkan di Landon dan Lancashire. Penghususan kerja dilakukan dalam industri ini yang melibatkan pembahagian buruh dan penggunaan alatan yang khusus sebagai pelarik. Walaubagaimanapun bilangan output yang dijual adalah terhad , bahan yang digunakan adalah tembaga dan tidak terdapat bukti yang dapat menunjukkan kemahiran yang sama boleh digunakan dalam logam keras seperti besi.
REVOLUSI PERINDUSTRIAN
Untuk mendapatkan produk besi orang ramai terpaksa bergantung kepada kebijaksanaan tukang besi seperti Newcomen. Apabila industri besi mewujudkan permintaan yang tinggi untuk mendapatkan lebih banyak mesin, campuran kemahiran-kemahiran akan berlaku seperti yang telah diatur oleh ahli-ahli perniagaan Boulton, Watt, dan Maudslay yang mengajar pembuat-pembuat jam dan tukang besi serta tukang kayu tentang kemahiran baru. Pemasangan dan pelarik adalah salah satu daripada campuran yang berjaya menghasilkan mesin di England sehingga dikenali sebagai “bengkel dunia”. Selepas tahun 1830 kebanyakkan skru, nat, bolt buatan tangan, silinder dan omboh adalah buatan tangan. Semua ini tidak mungkin akan dicapaijika tidak mempunyai kemahiran yang tinggi dan tidak semua negara yang kurang membangun mempunyai bilangan buruh yang mahir.
PENUTUP
Kesimpulannya, perubahan sifat pertanian yang berlaku di Britain mengubah struktur ekonomi di Eropah. Sistem pajakan menyebabkan ramai usahawan baru membuka ladang-ladang pertanian. Pengenalan kepada sistem pertanian baru menjadikan sektor penternakan semakin berkembang kerana binatang-binatang ternakan seperti lembu dan biri-biri digunakan dalam aktiviti pertanian. Sebelum berlangsungnya Revolusi Perindustrian di Eropah, terdapat pelbagai industri yang dijalankan bagi menampung keperluan penduduk. Walaupun kegiatan pertanian masih lagi dijalankan di sesetengah tempat, tetapi sektor-sektor industri seperti industri besi, arang batu, benang bulu, kapas, sutera, dan pembutan jam berkembang seiring dengan perubahan keperluan penduduk. Permintaan yang tinggi menyebabkan industri-industri ini menjadi kukuh dan maju sehingga berlakunya revolusi perindustrian di Eropah.
No comments:
Post a Comment