Tuesday 13 March 2012

fonetik dan fonologi BM


Soalan 1
a)
Fonetik ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti selok-belok bunyi bahasa yang hanya dihasilkan oleh manusia dalam pertuturan. Fonetik Artikulasi merujuk kepada proses yang mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa itu dikeluarkan oleh alat-alat artikulasi. Fonetik artikulasi merupakan cabang fonetik yang meneliti cara dan pendeskripsian sesuatu bunyi bahasa yang dihasilkan oleh manusia menggunakan alat-alat pertuturan dalam artikulasi. Pendeskripsian ini melibatkan artikulator yang melibabkan bahagian tubuh badan manusia seperti dada, tekak dan kepala. Menurut Indirawati Zahid Dan Mardian Shah Omar, fonetik artikulasi ialah satu bidang yang mengkaji mengenai cara kita menggunakan alat dan daerah artikulasi untuk bertutur. Kajian ini turut mendeskripsikan cara-cara bunyi dilafazkan yang melibatkan daerah ataupun organ artikulasi masing-masing. Semuanya adalah berbeza dan setiap satunya menghasilkan perbezaan bunyi yang diucapkan.organ artikulasi merupakan organ yang digunakan bagi menghasilkan bunyi manakala daerah artikulasi ialah kawasan yang menghasilkan sekatan bunyi. Mengikut Abdullah Hassan bunyi bahasa itu tidak mempunyai hubungan pasti dengan bentuk lambing itu. Sebagai contohnya bunyi [b] dalam bahasa Melayu diberi lambing b dalam tulisan rumi dan dalam tulisan jawi iaitu ada dua lambang yang berlainan bagi bunyi yang sama dan ini bermakna bunyi yang sama tidak semestinya mempunyai lambang yang sama.
( Rujukan daripada Buku Fonetik dan Fonologi : Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)
Rujukan daripada Buku Linguistik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)

  b)
Perkataan
Transkripsi Fonetik
Transkripsi Fonemik

Emas

[#?әmãs#]
/#әmas#/
Naik

[#nãi?#]
/#nai?#/
Bau

[#bawu#]
/#bau#/
Taufan

[#tau̯fan#]
/#taufan#/
Taun

[#ta?un#]
/#taun#/




c) Al-Quran ialah petunjuk kepada manusia yang sarat dengan ilmu pengetahuan bagi mengeluarkan manusia daripada kegelapan menuju kepada cahaya Ilahi, daripada kejahilan kepada ketinggian ilmu pengetahuan.

Transkripsi Fonetik

Transripsi Fonemik
[#?alwquran ijalah pewtunwǰo? kәpada mãwnũsija jaŋ sarat dәŋãn ilwmũ pәŋ˜әtawhuwan bagi m˜әŋ˜әwluarkan mãwnũsija daripada kәgәlapan m˜әwwǰu kәpada čahaja ilahi // daripada kәǰahilan kәpada kәtiŋgijan ilwmũ pәŋ˜әtawhuwan #]
/#alquran  ialah pәtunǰok? Kәpada manusia jaŋ sarat dәŋan ilmu pәŋәtahuan bagi mәŋәluarkan manusia daripada kәgәlapan mәnuǰu kәpada čahaja ilahi // daripada kәǰahilan kәpada kәtiŋgian ilmu pәŋәtahuan#/











Soalan 2

a)
fonetik Akustik merupakan pengkajian yang dijalankan keatas sifat bunyi itu sendiri, iaitu, bagaimana gelombang udara daripada paru-paru mengalami perubahan yang disebabkan oleh gangguan yang dibuat oleh alat artikulasi seperti pita suara, lidah, bibir, dan sebagainya. Menurut Nor Hashimah Jalaluddin, beliau menyatakan bahawa fonetik akustik ialah bidang yang mengkaji mengenai bagaimana arus udara bergetar antara mulut penutur ke telinga pendengar dengan menggunakan alat yang dikenali sebagai spetrogram. Alat ini digunakan untuk melihat kekerapan atau frekuensi dan luas getaran bunyi dalam jangka masa tertentu. Terdapat kajian yang dilakukan dengan menggunakan spektrogram yang mendapati bahawa bunyi vokal hadapan berbeza dengan bunyi vokal belakang. Bunyi vokal hadapan dikatakan nadanya adalah lebih tinggi berbanding dengan bunyi vokal belakang. Contohnya, bunyi vokal [i] adalah lebih tinggi daripada bunyi vokal [u]. Menurut Indirawati Zahid dan Mandian Shah Omar fonologi merupakan subdisiplin yang mengkaji bunyi bahasa iaitu, tentang fungsi perlakuan dan organisasi bunyi sahaja. Bunyi suatu bahasa dan sifat-sifat semula jadi sistem tersebut turut dikaji. Fonologi juga melibatkan kajian tentang penelitian terhadap pola-pola intonasi yang akan  menghasilkan sistem ejaan sesuatu bahasa. Abdullah Hassan  mengatakan bahawa sifat-sifat bunyi dapat dirakam dengan alat-alat sensitif bunyi yang dapat menganalisis ukuran gelombang, kesengauan bunyi, daerah sebutan, dan sebagainya yang dapat dilihat dalam bentuk gambar-gambar akustik atau spektogram sesuatu bunyi yang direkod.

(Rujukan daripada Buku Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu dan Buku Fonetik dan Fonologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)


b)
lambang fonetik yang mewakili bunyi-bunyi berikut ialah:
Bunyi

Lambang Fonetik
Vokal Depan Tinggi Hampar (i)

Ikan [#?ikan #]
Ipar [#?ipar#]
Vokal Tengah (ә)

Emak [#?әmã?#]
Empat [#?әmpat#]
Separuh Vokal Dua Bibir (w)

Wau [#wau̯#]
Wang [#waŋ#]
Vokal Belakang Separuh Tinggi (o)

Oleh [#?oleh#]
Otak [#?ota?#]
Konsonan Letupan Dua Bibir Bersuara (b)

Burung [#wbuwroŋ#]
Lembab [#lәmbab#]


c)
Gambar rajah dan 18 pola sistem keselarasan vokal.

   a
 

                                                                 
                                                           e                                o

                                           i                               ә                               u        
 

Pola Keselarasan Vokal
Gambar Rajah Kepintaran Asyraf
Pola Sistem Keselarasan Vokal

Contoh
a a
banyak, kawasan
a i
alih, kasih
a u
datuk, makhluk
i a
ingat, habitat
i i
pilih, sisip
i u
riuh, tidur
u a
kurang, kuat
u i
usik, upih
u u
untuk, suntuk
ә a
әmas, sәlam
ә i
betik, pelik
ә u
tәmpuh, pәnuh
e e
leceh, selekeh
e o
sәlekoh, esok
e a
elak, dewan
o e
cәloteh, boleh
o o
obor, pokok
o a
kotak, kilogram

Soalan 3

a)
fonologi ialah cabang ilmu linguistik yang meneliti sistem bunyi bahasa yang berasaskan fungsinya dalam sesuatu bahasa. Sistem bunyi sesuatu bahasa akan menentukan bunyi atau fonem sesuatu bahasa itu yang mana bunyinya distingtif yang membezakan makna atau tidak distingtif yang tidak membezakan makna. Menurut F. Parker fonologi ialah satu bidang yang mengkaji sesuatu bahasa, iaitu rumus-rumus yang menentukan sebutan. Abdullah Hassan mendefinisikan fonologi sebagai bidang yang mengkaji bunyi-bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa itu. Secara umumnya, fonologi merupakan suatu bidang yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa mengikut fungsi-fungsinya dalam Bahasa Melayu.



b)         Perbezaan antara Fonem Suprasegmental iaitu, Kepanjangan dengan Jeda ialah:
Kepanjangan

Jeda
Merupakan ciri khusus yang terdapat pada perkataan dalam bahasa-bahasa yang tertentu.
Ciri kepanjangan atau panjang pendek boleh membezakan makna dalam bahasa-bahasa tertentu seperti bahasa inggeris dan arab tetapi tidak membezakan makna dalam bahasa melayu.
Ditanda dengan titik yang dipanggil Mora. Jika tanda mora satu titik ( . ) kepanjangan bunyinya adalah setengah mora ; manakala bagi dua titik ( : ) kepanjanganya satu mora dan jika empat titik ( :: )kepanjangannya ialah dua mora.
Dalam bahasa inggeris perbezaan makna terjadi apabila kepanjangan ini digunakan.
Cth:
Sit bermaksud duduk
Si:t bermaksud tempat duduk
Ship bermaksud kapal
Shi:p bermaksud kambing biri-biri
Jeda atau disebut juga persendian merujuk kepada ciri atau unsur hentian ( senyap) dalam ujaran sebagai tanda memisahkan unsur linguistik iaitu perkataan, ayat, atau rangkai kata. Tetapi dalam bahasa inggeris unsur jeda ini membezakan makna.

Ditanda dengan tanda +.
Cth (bahasa inggeris)
I scream / ai + skri:m / saya menjerit
Ice cream / ais + kri:m / aiskrim
Cth( bahasa melayu)


(Rujukan daripada Buku Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu)
(c)       
Intonasi merujuk kepada keadaan turun naik naik nada suara dalam pengucapan ayat atau frasa. Intonasi juga disebut lagu bahasa. Terdapat pelbagai intonasi dan lagu pada ayat bahasa Melayu. Contohnya ayat berita mempunyai intonasi yang menurun pada akhir ayat.
Intonasi boleh membezakan makna melalui:
Jenis Intonasi

Huraian
        i.            Intonasi Aada ayat Penyata











      ii.            Intonasi Pada Ayat Tanya



















    iii.            Intonasi Pada Ayat Perintah
















    iv.            Intonasi Pada Ayat Songsang

























      v.            Intonasi Pada Ayat Pasif
Mempunyai pola intonasi 2-4-2-3.
Contoh ayat:                          
2Budak 4 i tu2  pen  diam3
Frasa subjek Budak itu ditandai dengan tingkat nada 2-4, manakala prasa predikat pendiam ditandai dengan tingkat 2-3. Pemisahan frasa subjek daripada predikat menjadi jelas disebabkan nada suara turun daripada tingkat 4 pada subjek Budak itu ke tingkat nada 2, iaitu nada permulaan bagi frasa predikat pendiam. Tingkat 3 pada suku kata akhir menandakan selesainya pengucapan frasa predikat pendiam.

Mempunyai pola intonasi 2-4-3-4.
Contoh ayat:
2B ud ak  4i  tu  p e n  d i  a  3m  ?   4
Tingkat nada 3 pada suku kata akhir ayat naik semula ke nada 4 sebagai tanda selesainya pengucapan ayat. Intonasi seperti ini digunakan dalam bentuk pertanyaan kepada seseorang pendengar untuk dijawab oleh pendengar berkenaan. Ayat tanya juga boleh disertakan dengan partikel -kah pada bahagian predikat ayat. Jadi predikat ayat akan dipindahkan ke bahagian hadapan ayat. Jadi ayat yang baru ialah Pendiamkah pelajar itu?


Mempunyai pola intonasi 2-3
Contoh ayat:
2P   e   r     g  i 3
Ayat Pergi ! sebenarnya terbit daripada ayat Awak pergi ! kata ganti nama diri kedua, iaitu awak telah digugurkan dan meninggalkan predikat pergi.  Bagi lembutkan perintah dalam ayat perintah partikel lah dapat disertakan bagi membentuk ayat:
Pergilah !
Manakala pola  intonasi pula berubah menjadi 2-3-1.

Mempunyai pola intonasi 2-3-1
Contoh ayat:
2P  e n3 d i  a m    b u d ak  i t u 1
Susunan ayat songsang berlawanan dengan konteks susunan ayat biasa iaitu:
Susunan ayat biasa subjek mendahului predikat tetapi susunan ayat songsang predikat mendahului subjek ayat. Pola intonasi pada ayat biasa ialah 2-4-2-3 tetapi apabila ayat tersebut disongsangkan polanya akan menjadi 2-3-1. Dalam contoh ayat diatas tingkat nada bagi bahagian predikat masih kekal pada tingkat 2-3. Tingkat nada tidak berubah walaupun kedudukan predikat berubah ke hadapan ayat yang berubah ialah tingkat nada pada bahagian subjek yang menurun kepada tingkat 1. Ayat songsang juga dapat disertakan dengan partikel –kah dan –lah yang menunjukkan terdapat penekanan terhadap ayat tesebut.

Mempunyai pola intonasi 2-4-2-3
Contoh ayat:
(Ayat Aktif)
2A  4 bang 2 belum mencuci kereta   i  tu    3

(Ayat Pasif)
2Kereta  4 i   tu 2  belum dicuci oleh a  bang 3
Bahagian pertama yang mempunyai tingkat nada 2-4 merupakan subjek, manakala bahagian kedua yang mempunyai tingkat nada 2-3 pula merupakan bahagian predikat ayat.



(Rujukan daripada buku Abdullah Hamid & Nurfarah Lo Abdullah)








Soalan 4

a)
 matlamat akhir bidang fonologi ialah menentukan sistem bunyi atau menentukan huruf-huruf atau fonem-fonem tertentu yang seterusnya mewujudkan sistem ejaan bagi sesuatu bahasa.


b) Perbezaan antara istilah bervariasi bebas dengan beralternasi bebas ialah:
Bervariasi Bebas
Beralternasi Bebas

 Merupakan istilah yang digunakan bagi dua bunyi yang berbeza secara fonetis yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan dan bunyi itu boleh saling berganti antara satu sama lain tetapi tidak membezakan makna.
Contohnya:
fikir dengan pikir (f dan p bervariasi bebas)
elok dengan Ɛlok (e dan Ɛ bervariasi bebas)

Merupakan istilah yang dipakai bagi bunyi yang sudah bertaraf fonem tetapi boleh dipakai secara bertukar ganti dalam perkataan tertentu pada lingkungan yang sama tetapi tidak membezakan makna.

Contohnya fonem a, i, dan u yang hadir pada lingkungan yang sama dalam perkataan agama, ugama, dan igama tetapi maknanya tidak berbeza.

c)
Perbezaan antara Konsep Pasangan Minimal dengan Istilah Saling Melengkapi ialah:
Pasangan Minimal
Saling Melengkapi

Merupakan pasangan terkecil perkataan iaitu, pasangan perkataan yang hampir sama dari segi sebutan dan juga cara menghasilkan bunyi perkataan tersebut tetapi masih terdapat perbezaan kecil pada bunyi (fonem) tertentu yang membezakan makna antara perkataan tersebut.



Contoh:
Paku dengan Baku
Bawang dengan Bayang
Garu dengan Guru

Disebut juga sebagai distribusi komplementar yang merujuk kepada lingkungan atau tempat yang dihadiri oleh satu anggota bunyi daripada satu-satu fonem dan lingkungan atau tempat itu tidak boleh dihadiri oleh anggota bunyi yang lain daripada fonem yang sama dalam perkataan. Bunyi tersebut mempunyai tempat tertentu yang boleh dihadiri atau dilengkapi.

Contoh:
Bunyi [ K ] dalam perkataan[# kaka?# ]. Bunyi [k] hanya boleh hadir pada awal suku (koda) kata manakala bunyi [ ? ]  pula boleh hadir pada lingkungan akhir suku kata (onset) sahaja. Kehadiran bunyi [k] dan [?] dapat dilihat dalam perkataan [kana?-kana?, peka?, poko?, beŋko?, dan kaka?]
Oleh sebab tempat yang boleh diisi oleh [k] dan [?] adalah tempat tertentu sahaja maka bunyi [k] dan [?] adalah dikatakan saling melengkapi.

d)
Perbezaan antara Fonem Vokal Rangkap dengan Fonem Konsonan Rangkap ialah:
Fonem Vokal Rangkap
Fonem Konsonan Rangkap

Merupakan fonem yang hadir berturut-turut dalam satu-satu perkataan. Vokal rangkap ialah vokal penuh yang diucapkan dengan penuh tiap-tiap satu dalam perkataan.





Contoh:
Dia
Bau
Jauh
Merupakan dua konsonan yang hadir berturut-turut dalam satu perkataan. Konsonan rangkap tidak terdapat dalam Bahasa Melayu kecuali dalam kata-kata pinjaman dalam bahasa Jawa dan bahasa Inggeris. Konsonan rangkap yang terdapat dalam perkataan-perkataan pinjaman yang dipinjam daripada bahasa Jawa dan bahasa Inggeris ialah:
Contoh:
Trampil
Prihatin
Draf

Soalan 5

a)
Fonetik Auditori merujuk kepada kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya bunyi-bunyi itu dapat diperturunkan kedalam lambang-lambang yang tetap. Fungsi cabang fonetik ini adalah meneliti bunyi berasaskan pendengaran terhadap bunyi bahasa yang dihasilkan, iaitu proses yang terjadi apabila seseorang itu menerima bunyi dan bagaimana telinga dan otak bertindak terhadap gelombang bunyi itu didengar sebagai persepsi bahasa. Selain itu, penerimaan bunyi yang berasaskan nada, kelantangan dan kualiti bunyi juga turut dikaji dengan teliti. Abdul Hamid dan Nur Farah Lo Abdullah menjelaskan bahawa fonetik auditori merupakan kajian yang berkaitan dengan pendengaran terhadap bunyi-bunyi yang dihasilkan supaya dapat diperturunkan kedalam lambang-lambang yang tepat. Fonetik Auditori juga melibatkan kajian bunyi melalui pendengaran iaitu, membuat deskripsi bunyi yang didengar untuk membezakan bunyi-bunyi bahasa pendengaran bunyi seperti kasar, garau, halus, nyaring, lantang, dan lunak.

(Rujukan daripada Buku Lingustik Am: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu)


b)
.Pebbezaan antara istilah Pembibiran dengan Penyengauan ialah:
Pembibiran

Penyengauan
Dikenali sebagai labialisasi ialah artikulator tambahan yang berlaku semasa hendak menyebut bunyi vokal belakang.


Ditanda dengan lambang [w]
Semasa kita hendak menyebut bunyi huruf [k] dalam perkataan [wkuniŋ] telah berlaku sedikit pembundaran bibir , iaitu pengaruh daripada hendak menyebut vokal belakang [u].
Melibatkan vokal belakang iaitu, [u, o, , ᴂ].


Contohnya:
[#wkuniŋ#]
[#wtulaŋ#]
[#wdowdol#]
Dikenali sebagai nasalisasi yang merupakan artikulasi tambahan yang berlaku pengaruh daripada proses penyebutan bunyi perkataan yang mengandungi konsonan sengau yang diikuti vokal.
Ditanda dengan lambang [˜]
Semasa menyebut bunyi sengau, pengaruh bunyi sengau merebak dalam bunyi vokal kerana rongga hidung tidak sempat ditutup sepenuhnya semasa menyebut bunyi vokal dalam sesuatu perkataan.
Melibatkan konsonan [m, n,ɲ, ŋ].


Contohnya:
[#mãti#]
[nãsi#]
[#m˜әnãŋis#]






c)
Contoh gambar rajah dan Pola Sistem Kekecualian Vokal dalam bahasa Melayu ialah:

a
 





                             e                                                                                                   o
 










                         i                                                 ә                                                        u


Pola Sistem Kekecualian Vokal

Contoh
a e
aneh, awet
a o
calon, atom
ә e
gәmbleng
ә o
jәmpol, gabәnor
i e
parlimen, simen
i o
pilon, difting
u e
tulen, subjek
u o
kupon, konduktor
a ә
pakәm, teatәr
e i
hipotesis, objektif
e u
petroleum, spectrum
ә ә
pәpәt, dәmdәm
i ә
filәm, artikәl
o i
fosil, hipokrit
o u
bonus, forum
u ә
lumәr, skutәr

(Rujukan daripada Buku Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2: Teks dan Rujukan Lengkap)














BIBLIOGRAFI

Abdullah Hamid Mahmood dan Nurfarah Lo Abdullah (2007), Linguistik Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: Aslita Sdn. Bhd.

Abdullah Hassan (2006), Linguistik Am Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar (2006), Fonetik dan Fonologi: Siri Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu, Kuala Lumpur: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Paitoon M.Chaiyanara (2006), Pengenalan Kepada Fonetik dan Fonologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zaharani Ahmad (1993), Fonologi Generatif : Teori dan Penerapan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sharifah Nor Syed Ab. Rahman, Nor Hajimah Najmudin dan Rosdah Omar (2006), Bahasa Melayu Kertas 1 & 2: Teks dan rujukan Lengkap, Shah Alam: Arah Pendidikan Sdn.Bhd.

Sulaiman Masri, Mashudi Bahari dan Juliliyana Mohd Junid (2007), Bahasa Melayu: Siri Pengajian dan Pendidikan Utusan, Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn.Bhd.


No comments:

Post a Comment