Tuesday 13 March 2012

Perjanjian Landon 1824


Kepentingan Perjanjian Landon 1824
( The Importance Of Anglo-Dutch Treaty )
Disediakan Oleh:

Noor Hidayah Bt Yusooff
Wan Norazila Bt Wan Ismail

ABSTRAK
Kajian ini dilakukan adalah bertujuan untuk mencungkil  dan mengenalpasti kepentingan Perjanjian Landon 1824 yang ditandatangani oleh British dan juga Belanda. Di sini kami akan mendedahkan mengapa perjanjian ini ditandatangani dan apa kepentingannya  kepada British, Belanda serta kesan perjanjian ini ke atas negara Asia Tenggara. Kajian ini menggunakan sumber-sumber yang sahih berdasarkan buku, jurnal pendidikan, internet, Wikipedia dan sebagainya. Sumber-sumber tersebut telah dianalisis secara kualitatif. Berdasarkan sumber-sumber yang telah diperolehi, kami dapat membahagikan kepentingan Perjanjian Landon ini dari aspek Politik, Ekonomi dan Sosial. Perjanjian ini ditandatangani bukan disebabkan kemahuan dan kerelaan kedua-dua pihak tetapi bagi menjaga dan menjamin kepentingan ekonomi mereka selaku imperialis.


PENGENALAN
            Rundingan antara British dan Belanda dalam membahagikan wilayah kekuasaan masing-masing di Kepulauan Melayu telah berlaku sekitar  tahun 1819 di Eropah.[1] Pada 17 Mac 1824, satu perjanjian telah ditandatangani antara United Kingdom dengan Kemaharajaan Bersatu Belanda di London yang dikenali sebagai Persetiaan London atau Perjanjian Inggeris Belanda. Pihak British telah menghantar wakil mereka iaitu George Canning dan Charles Watkin Wiiams Wynn manakala Belanda yang diwakili oleh Hendrik Fagel dan Reinhard Falck. Satu rundingan telah dibuat bagi menyelesaikan masalah persaingan antara mereka di Singapura.[2] Walau bagaimanapun, perjanjian ini dilakukan tanpa merujuk atau meminta kebenaran daripada raja-raja Melayu. Situasi ini menunjukkan bahawa Raja-raja Melayu tidak mempunyai hak ke atas wilayah mereka di Kepulauan Melayu malah hanya dianggap sebagai boneka yang tidak mempunyai sebarang kepentingan. Antara faktor utama yang mendorong termeterainya Perjanjian London 1824 adalah disebabkan oleh British mengamalkan sistem perdagangan bebas(laissez faire) manakala Belanda mengamalkan perdagangan monopoli.[3] Perbezaan sistem yang diamalkan menyebabkan timbulnya persaingan yang sengit sehingga tercetusnya permusuhan yang berterusan. Perjanjian London 1824 menggariskan  tiga aspek terpenting iaitu pembahagian wilayah, perdagangan dan kewangan.[4] Perjanjian ini dimeterai berdasarkan kepentingan ekonomi British dan Belanda di rantau Asia Tenggara.  


KEPENTINGAN PERJANJIAN LONDON 1824
POLITIK
a)      Membuka jalan ke arah perluasan kuasa politik yang selamat tanpa sebarang gangguan daripada kedua-dua belah pihak.
Melalui perjanjian ini Kepulauan Melayu telah dibahagikan kepada dua pengaruh kuasa yang besar iaitu, British dan Belanda. Semenanjung Tanah Melayu dan Singapura telah jatuh ke tangan British manakala kepulauan Riau dan Indonesia dibawah pengaruh Belanda.  Perjanjian ini menjadi penentu kepada sempadan Malaysia, Indonesia dan Singapura. British terlah berjanji akan menyerahkan kepada Belanda kepunya Syarikat Hindia Timur (SHT) di Sumatera, bersetuju tidak akan membuka sebarang petempatan dan membuat sebarang perjanjian dengan mana-mana pemerintah di Sumatera atau kawasan-kawasan Selatan dari Singapura termasuk Pulau-pulau Karimon serta Kepulauan Riau-Lingga.[5] Hal ini telah menyebabkan berlakunya perpecahan empayar Johor-Riau kerana Johor diserahkan kepada British dan Riau dibawah kuasa Belanda.[6]
 Manakala British pula telah bersetuju menyerahkan kesemua lojinya di Melaka dan semua jajahan takhluk Melaka kepadanya, bersetuju untuk menarik balik bantahan keatas pendudukan British di Singapura sebagai pelabuhan milik British, berjanji tidak akan membuat sebarang petempatan atau sebarang perjanjian dengan mana-mana pemerintah Melayu, dasar monopoli hanya terhad di kepulauan rempah sahaja, dan bersetuju untuk membayar hutang sebanyak 100 000 paund kepada British. Persetujuan bersama telah dicapai dengan membenarkan kapal-kapal masuk di wilayah yang telah dipersetujui dengan syarat akan dikenakan cukai mengikut syarat yang telah ditetapkan, masing-masing tidak dibenarkan menganggu hubungan perdagangan antara satu sama lain, dan bersetuju untuk menghapuskan kegiatan lanun yang menghalang urusan perdagangan.  Persetujuan ini membolehkan kedua-dua pihak meneruskan agenda mereka keatas wilayah jajahan masing-masing tanpa sebarang gangguan daripada pihak yang lain.[7] Jadi segala urusan pentadbiran dan perdagangan akan berjalan dengan lancar.
b)      Pengenalan Dasar Pentadbiran Kolonial British
Perjanjian Landon ini dimeterai adalah bertujuan untuk menyelesaikan pertelingkahan dan perselisihan faham yang berlaku di antara British dengan Belanda. Kedua-duanya ingin meluaskan pengaruh mereka hampir keseluruh pelusuk dunia.[8] Selepas ianya ditandatangani maka bermulalah era pentadbiran kolonial di Nusantara.  Kolonisme bermaksud dasar kuasa yang kuat ke atas negera yang lemah dalam menguasai politik, ekonomi dan sosial atau dengan bahasa yang lebih tepat lagi  merujuk kepada dasar penjajah yang nyata kepada sesebuah negara, daerah dan wilayahnya.  J.A Hobson mengatakan bahawa kolonisme akan terjadi sekiranya sesuatu bangsa atau negeri mengembangkan kuasa atau pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya kepada satu kawasan atau jajahan baru ke seberang laut yang belum diterokai atau diduduki oleh orang lain. [9]Pemerintahan Kolonial British dan Belanda di rantau ini secara lansung telah membawa perubahan sosial budaya kepada penduduk asli tempatan. [10] Dasar Kolonial yang diperkenalkan ole British ke atas negeri-negeri Melayu telah menyebabkan berlakunya perubahan struktur sosioekonomi masyarakat tradisional iaitu masyarakat Melayu dan bumiputera. Masyarakat tradisional yang dahulunya bercorak feaudal  telah berubah ekoran daripada pengenalan dasar-dasar baru dalam pentadbiran oleh British.[11] Parti politik melayu bercorak kesultanan yang bertaburan di Alam Melayu telah berubah setelah wujudnya pemerintahan defacto. Belanda juga telah memperkenalkan Dasar pentadbiran Kolonisme Di kepulauan Sumatera atau Indonesia bagi menyeragamkan urusan pentadbiran dan memudahkan mereka untuk memantau segala urusan agar berjalan seperti yang dirancang. Abdullah munshi memberikan gambaran bahawa politik Kolonial telah menjamin kedudukan sosial rakyat biasa dengan kebebasan yang tertakluk kepada undang-undang iaitu berbandingan dengan penindasan orang-orang besar Melayu .
c)      Perkembangan Negeri-negeri Selat
Selepas termeterainya Perjanjian Landon pada 1824, Hal ini bermakna secara rasminya British mempunyai hak ke atas Semenanjung Tanah Melayu.  Pelabuhan yang terpenting iaitu, Pulau Pinang, Singapura dan Melaka telah digabungkan oleh British pada 1826 bagi menjimatkan kos pentadbiran.[12] Dengan  tertubuhnya Negeri-negeri Selat ini, British dapat menyeragamkan pentadbiran dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang sama dengan Eropah. British telah memperkenalkan sistem pentadbiran yang merangkumi tiga komponen yang utama iaitu,  badan eksekutif, legislatif, dan judisiari. Keadaan ini telah membawa  satu perubahan yang besar terhadap sistem politik di Semenanjung Tanah Melayu pada abad ke-19, hal ini demikian kerana sistem ini telah mewujudkan satu keadaan yang selamat, aman, dan teratur di Negeri-negeri Selat. Perkembangan politik yang stabil telah membawa kepada perkembangan sistem pembentukan masyarakat yang berifat plural dan kemajuan dalam sistem ekonomi.
d)     Penentuan Kawasan dapat Menghindarkan Perbalahan yang Berterusan
Sebelum perjanjian ini ditandatangani hubungan antara British dan Belanda adalah sangat tegang. Kedua-duanya saling bersaing untuk menjadi kuasa yang paling kuat sehinggakan tercetusnya beberapa peristiwa yang memuncakkan ketegangan antara mereka. Sebagai contoh sikap Belanda yang Anti-British telah menyebabkan Jan Peterszoon telah menghalau orang British keluar dari Pulau Jawa, dan begitu juga dengan Stamford Raffles yang bersifat Anti-Belanda serta peristiwa pembunuhan beramai-ramai di Ambon yang merupakan pencetus kepada permusuhan di antara Belanda dengan British.[13] Perbalahan yang berterusan ini membawa banyak kerugian kepada kedua-dua pihak dari aspek masa, kos, kerugian, kemusnahan harta benda, nyawa dan sebagainya.
            Selepas berakhirnya Perang Napoleon sekitar tahun 1795-1816 kedua-duanya telah berhasrat untuk berdamai demi menjaga kepentingan mereka di Asia Tenggara.[14] Oleh itu, kedua-duanya telah bersetuju untuk menamatkan segala kekusutan dengan menandatangani perjanjian yang menguntungakan kedua-duanya. Dengan ini permusuhan dapat ditamatkan dan keadaan di Asi Tenggara boleh dikatakan tenang walaupun kuasa-kuasa lain cuba untuk meluaskan pengaruh mereka. Melalui perjanjian ini juga, British dan Belanda dapat mengeksploitasi segala sumber yang ada di kawasan jajahan mereka dengan semaksimum mungkin tanpa gangguan daripada mana-mana pihak.
EKONOMI
Kepentingan  Perjanjian London atau Perjanjian Inggeris-Belanda yang ditandatangani pada 17 Mac 1824 dapat dilihat dari sudut ekonomi khususnya dalam aktiviti perdagangan kedua-dua kuasa barat tersebut. Dari aspek perdagangan terkandung syarat-syarat bahawa kapal-kapal perdagangan dari kedua-dua pihak iaitu Belanda dan Inggeris dibenarkan saling memasuki wilayah masing-masing, tetapi dikenakan bayaran cukai. Walau bagaimanapun, pihak Belanda tidak dibenarkan mengamalkan dasar monopoli perdagangan di kawasan Kepulauan Melayu.[15] Selain itu, kedua-dua kuasa besar ini bersetuju untuk saling memberikan layanan yang baik antara satu sama lain di India, Sri Lanka dan Nusantara.[16]
            Selepas perjanjian tersebut Singapura telah ditadbir secara sepenuhnya oleh Inggeris.[17] Di bawah pentadbiran Inggeris, Singapura telah menjadi sebuah pasar atau pelabuhan entrepot yang semakin berkembang menjelang 1830-an. Jumlah peningkatan dagangan Singapura dapat dilihat pada tahun 1821 ialah 5 juta, meningkat kepada 11 juta pada tahun 1824 dan terus meningkat kepada 18 juta pada tahun 1833. Kemajuan singapura turut mempengaruhi perkembangan perdagangan di Pulau Pinang, dan Johor. Johor  menjadi pengeksport gambir, lada, balak, dan getah percaya yang terpenting ke London. Manakala Pulau Pinang menjadi pelabuhan eksport dan import terpenting.[18]  Jelaslah bahawa penyerahan Singapura kepada Inggeris oleh Belanda banyak memberi manfaat kepada perdagangan Inggeris.
                                                 
Penyerahan semula Bangkahulu kepada Belanda oleh Inggeris memberi manfaat kepada perdagangan Belanda. Walau bagaimanapun, Belanda tidak dibenarkan mengenakan cukai lebih dua kali ganda kepada kapal dagang Inggeris di pelabuhan-pelabuhan Belanda di  Indonesia.[19] Ketika Belanda menguasai seluruh Sumatera, pedagang dari Singapura dan Pulau Pinang menyatakan cukai yang dikenakan oleh Belanda telah menyekat aktiviti perdagangan mereka dan bertentangan dengan Perjanjian London. Oleh hal yang demikian Belanda terpaksa beralah kerana tidak mahu menimbulkan masalah dengan Inggeris.[20] Jelaslah di sini bahawa walaupun Perjanjian London 1824 adalah atas persetujuan bersama, tetapi ia lebih memberi banyak mnfaat kepada pihak Inggeris.
            Selain itu, Perjanjian London 1824 turut  berkepentingan dalam keselamatan perairan perdagangan Belanda dan Inggeris di Nusantara. Setelah Perjanjian London 1824 dibuat, dua negara iaitu Belanda dan Inggeris berusaha memajukan perdagangan di Nusantara. Kedua-dua bersepakat untuk membanteras lanun yang mengancam keselamatan perdagangan.[21]  Pihak Inggeris dan Belanda ingin mengubah kegiatan melanin orang laut sebagai punca rezeki yang dikatakan bertentangan dengan dunia ketamadunan. Adanya kapal-kapal wap yang mempunyai kelengkapan ketenteraan seperti meriam serta sokongan pembesar tempatan menyebabkan kegiatan melanin dapat dihapuskan. Namun, penghapusan kegiatan melanin menyebabkan sebahagian pembesar kehilangan mata sumber kewangan kerana orang laut berada di bawah kekuasaan meraka telah dihapuskan.
            Kepentingan lain yang diperolehi oleh Inggeris dan Belanda daripada Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ialah menghalang campur tangan kuasa barat lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat dalam aktiviti ekonomi di Nusantara. Umumnya, salah  satu  sebab yang  menarik kuasa-kuasa luar memperluaskan kuasa di Tanah Melayu adalah bagi menguasai kekayaan alam yang terdapat di Tanah Melayu itu sendiri.[22] Perjanjian London telah menyebabkan gugusan Melayu dipisahkan kepada dua kawasan di bawah pengaruh Inggeris dan Belanda.[23] Secara keseluruhanya, Tanah Melayu telah menjadi hak milik British dan dengan ini membolehkan pihak Inggeris memperluaskan pengaruhnya tanpa ada sebarang penentangan atau sekatan daripada kuasa barat lain.
            Selain itu Perjanjian London berkempentingan bagi British menarik pemodal untuk melabur dalam aktiviti perlombongan di Tanah Melayu. Selepas perjanjian ini ekonomi komersial diusahan oleh pengusaha luar terutamanya orang Cina dan Eropah yang banyak menanam modal dan membawa masuk teknologi mereka khususnya dalam bidang perlombongan bijih timah.[24] Di Pahang, syarikat yang terbabit secara langsung dalam bidang perlombongan ialah Paterson, Simon & Co yang telah membayar pajakan sebanyak $ 11800 kepada Bendahara Wan Mutahir semata-mata untuk mendapatkan pajakan perlombongan di Pahang.[25]








KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, melalui analisis yang dilakukan oleh kumpulan kami, perjanjian ini sebenarnya bertujuan untuk menghentikan sentimen  permusuhan yang telah lama menghantui kedua-dua kuasa ini terutamanya dalam dalam kegiatan perdagangan. Perjanjian Inggeris-Belanda telah ditandatangani adalah berdasarkan persetujuan daripada kedua-dua belah pihak untuk dipatuhi. Walaupun pada mulanya mereka mematuhi tetapi keadaan sebaliknya telah berlaku kerana  perjanjian itu tidak memberikan sebarang makna kepada mereka dan hanya mendatangkan hubungan yang baik di Eropah sahaja. Perasaan benci pedagang dan pegawai British terhadap Belanda masih kuat dan menebal dalam diri mereka yang tidak mungkin akan dapat dikikis hanya kerana sehelai kertas. Bagi mereka perjanjian itu dimeterai hanya demi kepentingan ekonomi semata-mata. Jika tidak sebelah mata pun mereka tidak mahu pandang apatahlagi berhubungan baik. Perjanjian ini secara nampaknya sewenang-wenangnya membelakangi pemerintah tempatan tanpa berunding dahuli dengan Raja-raja Melayu. Hal ini demikian kerana Raja-raja Melayu pada pandangan British dan Belanda tidak memberikan apa-apa kesan keatas mereka. Ini menunjukkan bahawa mereka memandang rendah dengan kebolehan Raja-raja Melayu yang dikatakan tidak berpendidikan, tamak, kejam, bodoh, dan senang dipergunakan. Pada ketika ini, maka bermulalah detik penguasaan kedua-dua kuasa tersebut di Alam Melayu dan sebagai permulaan juga kepada penderitaan yang terpaksa dilalui oleh masyarakat tempatan.
.








BIBLIOGRAFI
Abdul Latiff Abu Bakar( Penyyelenggara) (1998). Pertemuan Selat Melaka: ke arah
merealisasikan semangat Asean, IMS-GT, IMT-GT dan BIMP-GT. Melaka: Percetakan Surya.
Abdul Rahman Haji Ismail (2005) . Malaysia : Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala
            Lumpur : Dewan Bhasa dan Pustaka.
Abdul Samad Ahmad (1985). Kerajaan Johor-Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
 Pustaka.
Alfred P. Rubin (1974). The International Personality of The Malay Peninsula. Kuala
            Lumpur : Universiti Malaya.

Anthony Ried (1963). The Contest of Nort Sumatra Acheh: The Natherland and Britain
            1858-1898. Kuala Lumpur: University of Malaya Press.

Baker .j (1999). Crossroads A Popular History Of Malaysia Singapore. Singapore: Times
 Book International.

Barbara Watson Andaya& Leonard Y. Andaya (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur:
            Macmillan Publishers(M) Sdn. Bhd.

Cheah Boon Kheang (1990). Kolonisme di Malaysia dan Negara-negara Lain. Petaling Jaya:
            Fajar Bakti Sdn Bhd.

Graham E. Saunders (1978). Malaya: Perkembangan Masyarakat Majmuk: Topik-topik
 dalam Sejarah Asia. Landon: Longman.

Graham W.Irwin (1986). Borneo Abad Ke-19. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Joginder Singh Jessy (1978). Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur : Dewan
            Bahasa dan Pustaka.

Kasim Thukiman (2002). Malaysia : Perspektif, Sejarah dan Politik. Johor: Universiti
            Teknologi Malaysia.

Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto (1992). Sejarah Nasional Indonesia
VI: Zaman Jepang dan Zaman Republik Indonesia.Jakarta: Balai pustaka.

Muhamad Fuad Othman (2006).Pengajian Strategi Ilmu Disiplin. Kuala Lumpur: Utusan
            Publications & Distributors Sdn bhd.

Merle Calvin Riclefs (2005). Sejarah Indonesia Moden 1200-2004 (terjemahan Satrio
 Wahono, Bakar Bilfagih, & Hasan Huda).Jakarta: PT Serambi Ilmu Semesta.

Mohd.Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur: Utusan Publication
            & Distributors Sdn. Bhd.

Muhammad Redzuan Othman (2006). Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur:
            Universiti Malaya.

Sivacandralingam Sundara Raja (1997). Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangan. Shah
 Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.








[1] Alfred P. Rubin (1974). The International Personality of The Malay Peninsula. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm. 181.
[2] Joginder Singh Jessy (1978). Sejarah Tanah Melayu (1400-1959). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 101.
[3] Sivacandralingam Sundara Raja (1997). Pelabuhan Bebas: Sejarah dan Perkembangan. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm. 109.
[4] Abdul Samad Ahmad (1985). Kerajaan Johor-Riau. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 144.
[5] Abdul Samad Ahmad (1985). Kerajaan Johor-Riau. Hlm 144
[6] Graham W.Irwin (1986). Borneo Abad Ke-19. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 80
[7] Ibid. Hlm 80-81
[8] Baker .j (1999). Crossroads A Popular History Of Malaysia Singapore. Singapore: Times Book International. Hlm 94-95
[9] Cheah Boon Kheang (1990).Kolonisme di Malaysia dan Negara-negara Lain.Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn Bhd. Hlm 2
[10] Abdul Latiff Abu Bakar( Penyyelenggara) (1998). Pertemuan Selat Melaka: ke arah merealisasikan semangat Asean, IMS-GT, IMT-GT dan BIMP-GT. Melaka: Percetakan Surya. Hlm 41
[11] Ibid. Hlm 41-42
[12] Graham E. Saunders (1978). Malaya: Perkembangan Masyarakat Majmuk: Topik-topik dalam Sejarah Asia. Landon: Longman. Hlm 8-16
[13] Marwati Djoened Poesponegoro & Nugroho Notosusanto (1992). Sejarah Nasional Indonesia VI: Zaman Jepang dan Zaman Republik Indonesia.Jakarta: Balai pustaka. Hlm 357
[14] Muhamad Fuad Othman (2006).Pengajian Strategi Ilmu Disiplin. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn bhd. Hlm 29-30
[15] Abdul Samad Ahmad (1985). Kerajaan Johor-Riau. Hlm. 144.
[16] L.A Mill (
[17] Mohd.Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Kuala Lumpur : Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd. Hlm. 24.
[18] Ibid. Hlm. 190.
[19] Anthony Ried (1963). The Contest of Nort Sumatra Acheh: The Natherland and Britain 1858-1898. Kuala Lumpur: University of Malaya Press. Hlm. 12.
[20] Merle Calvin Riclefs (2005). Sejarah Indonesia Moden 1200-2004. (terjemahan Satrio Wahono, Bakar Bilfagih, & Hasan Huda  ). Jakarta : PT Serambi Ilmu Semesta. Hlm. 307.
[21] Barbara Watson Andaya& Leonard Y. Andaya (1983). Sejarah Malaysia. Kuala Lumpur: Macmillan Publishers(M) Sdn. Bhd.Hlm. 150.

[22] Kasim Thukiman (2002). Malaysia : Perspektif, Sejarah dan Politik. Johor: Universiti Teknologi Malaysia. Hlm. 73.
[23] Abdul Rahman Haji Ismail (2005) . Malaysia : Sejarah Kenegaraan dan Politik. Kuala Lumpur : Dewan Bhasa dan Pustaka. Hlm. 234.
[24] Mohd.Isa Othman (2002). Sejarah Malaysia (1800-1963). Hlm. 190.
[25] Muhammad Redzuan Othman (2006). Sejarah Pembinaan Negara Bangsa. Kuala Lumpur : Universiti Malaya. Hlm. 81.

No comments:

Post a Comment