|
semoga ditunjukan jalan kebenaran |
Sabda Rasulullah s.a.w
yang bermaksud:
“bukanlah (golongan
ini) daripada orang yang beriman yang sempurna imannya :
Orang yang suka
engecam, suka melaknat yang suka bercakap kufur dan suka mencarut” riwayat
Ahmad.
Huraian hadis
Orang yang berbudi
mulia akan sentiasa berusaha menjauhkan dirinya drpd terlibat dalam
pertelingkahan yang selalunya tdk berlandaskan pemikiran yang rasional dan tdk
berfaedah yang hanya akan berakhir dengan perpecahan serta hidup bermasam muka
antara satu sama lain.
Islam menyuruh kita
bersatu padu, bersikap merendah diri, dan tdk sombong. Ini akan menjalingkan perhubungan
ksaih saying antaraumat islam.
Kita dilarang
menceritakan keburukan orang lain dengan melaknat, mengecam, mencemuh, mencarut
kerana ini akan menyebabkan pergaduhan dan hilang rasa hormat sesame masyarakat.