Friday 16 March 2012

pengurusan bilik darjah


ILMU MENGURUS BILIK DARJAH
Di dalam bilik darjah, selain mengajar guru juga memainkan peranannya sebagai pengurus yang mengurus rutin bilik darjah,, mengurus murid-murid supaya menjalankan tugas mereka mengikut jadual bertugas, mengurus keadaan fizikal bilik darjah supaya menjadi lebih kondusif, mengurus bahan-bahan pengajaran dan sebagainya. Oleh itu, guru memerlukan ilmu yang khusus dalam mengurus keadaan bilik darjah  supaya aktiviti pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat berjalan dengan lancar.  Antara ilmu pengurusan bilik darjahyang perlu dikusai oleh seseorang guru ialah ilmu pengurusan fizikal, ilmu pengurusan bahan-bahan pengajaran dan ilmu pengurusan disiplin murid.
a)      ILMU PENGURUSAN FIZIKAL
Ilmu pengurusan fizikal ini merujuk kepada iklim dan persekitaran bilik darjah. Ianya berkaitan dengan pengurusan fizikal seperti pembentukan iklim fizikal , sosial, emosi, dan penyusunan bilik darjah. Hal  ini demikian kerana suasana fizikal mampu menggalakkan atau menghalang pembelajaran. Oleh sebab itulah suasana fizikal bilik darjah harus dapat dikawal atau ditentukan oleh guru. Biasanya, pengurusan keadaan bilik darjah ini berkait rapat dengan penyusunan kerusi meja, kedudukan murid,murid, alat-alat, ruang sudut bacaan dan kebersihan bilik darjah. Tujuan utama guru perlu menguasai ilmu ini adalah bagi mewujudkan suasan pembelajaran yang selesaserta keadaan fizikal bilik darjah yang kemas, bersih dan teratur. Antara kerja yang boleh dilakukan oleh murid-murid ialah menyapu lantai, atau beranda, membersih papan hitam, menyusun meja dan kerusi, mengemas sudut pembelajaran, menghias kelas dan sebagainya. Selain itu, melalui pembahagian kerja ini murid-murid dapat dilatih untuk bekerjasama,dan  bertangungjawab terhadap kekemasan bilik darjah, menanam rasa bangga terhadap tugas mereka dalam menjaga kebersihan bilik darjah dan melatih murid-murid supaya mementingkan kebersihan.

b)      ILMU PENGURUSAN BAHAN-BAHAN PENGAJARAN
Kejayaan guru sebagai  seseorang pengajar bergantung kepada perancangan pengajarannya. Oleh itu, sebelum memulakan proses P&P guru perlu merancang isi pelajaran yang bakal disampaikan olehnya. Ini kerana perancangan yang baik menjamin kejayaan P&P dan objektif sebenar akan tercapai. Antara perkara yang perlu dititikberatkan semasa mengurus bahan pengajaran ialah:
·        Persediaan Awal
Persediaan awal ii merujuk kepada persediaan yang dilakukan oleh guru sebelum memulakan proses P&P. Guru perlu mengenalpasti sumber atau bahan pengajaran sama ada daripada buku teks, rujukan, lampiran, nota, internet dan sebagainya.
·        Isi Pelajaran telah disusun
Guru perlu mengenalpasti tajuk mana yang bakal diajar. Guru perlu menggariskan sesuatu tajuk itu daripada bab mana, sub topik, perenggan mana dan sebagainya bagi memastikan pelajar dapat menangkap apa yang sebenarnya ingin disampaikan oleh guru. Sebagai contoh jika seseorang guru sejarah ingin mengajar sejarah maka beliau perlu memastikan bab mana yang bakal diajar, tajuk besar, sub topik,  dan halaman berapa.
·        Penggunaan Alat Bantu Mengajar
Guru perlu menguasai kemahiran teknologi bagi memastikan mutu pengajaran berjalan seiring dengan arus peredaran masa. Bagi memastikan P&P menjadi lebih menarik dan berkesan guru perlu menggunakan Alat Audio Visual (LCD), Komputer, Televisyen dan boleh membaca peta,  melukis gambar rajah dan sebagainya.
Bagi memastikan bilik darjah sentiasa aktif seseorang guru juga perlu mengenalpasti keupayaan tahap keupayaan pelajarnya, hasil pembelajaran yang hendak dicapai, strategi atau kaedah yang digunakan , dan cara menilai atau menguji tahap kepekaan dan kefahaman para pelajarnya. Sebelum memulakan P&P guru perlu “refreshing” minda para pelajar untuk mengingati balik isi pelajaran yang telah diajar sebelum ini. Keadaan ini membolehkan kesinambungan isi pelajaran dapat difahami oleh para pelajar.

c)      ILMU PENGURUSAN DISIPLIN MURID
Menurut Anderson pengurusan bilik darjah yang berkesan terdiri daripada :
         i.            Tingkah laku yang menghasilkan penglibatan pelajar yang maksimum dalam aktiviti pembelajaran.
      ii.            Meminimumkan tingkah laku pelajar yang mengganggu tugas guru, dan pelajar lain.
      iii.             penggunaan masa pelajaran yang efesien.
Dalam memastikan aktivi P&P berkesan aspek disiplin perlulah diambil peduli oleh semua guru. Guru bertanggungjawab untuk menentukan peraturan,mengawal murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah, dan menghukum murid-murid yang melanggar peraturan. Dua ciri disiplin arahan guru yang boleh diperaktikan oleh guru ialah:
§  Autokratik yang merujuka kepada kuasa guru yang mutlak dalam mengawal, mengarah, menguasai, dan menghukum berpandukan peraturan bahawa kesalahan yang dilakukan wajib dihukum.
§  Menghukum merujuk kepada kuasa guru mendenda murid-murid yang melanggar peraturan.
Pengurusan tingkah laku pelajar yang dilakukan akan membolehkan perlakuan para pelajar dapat dipantau, penyelesaian segera terhadap tingkah laku negetif dapat diambil dan memastikan setiap pelajar terlibat dalam aktiviti P&P.
Selain itu, guru juga boleh menggunakan kaedah Ganjaran dan Dendaan dalam mempengaruhi disiplin murid-murid. Ganjaran adalah sebagai satu pengiktirafan kepada para pelajar keatas hasil kerja atau perbuatan baik yang telah dilakukan manakala dendaan bersifat memberi kesedaran keatas kesalahan yang dilakukan. Antara kelebihan dan keburukan ganjaran dan dendaan ialah:
JENIS
KEBAIKAN
KEBURUKAN
GANJARAN
*      Mewujudkan kaitan yang seronok dengan tingkah laku yang positif.
*      Menggalakkan minat terhadap pelajaran.
*      Mengekalkan/ menggalakkan nilai moral yang tinggi.
*      Bersifat ekstrinsik menggerakkan murid-murid supaya melakukan aktiviti untuk mendapatkan hadiah.
*      Menggalakkan murid-murid menipu.
*      Menggalakkan sifat cemburu.
DENDAAN
*      Sebagai pencegahan.
*      Sebagai satu bentuk disiplin yang berguna.
*      Salah pilih denda menyebabkan pelajar benci utuk ke sekolah.

No comments:

Post a Comment